Keadaan di dalam kelab malam yang sesak dengan manusia yang sudah leka dikelilingi maksiat dan lagu yang rancak membuatkan mereka bertambah leka dalam dunia mereka sendiri.
Minuman keras diteguk tanpa rasa bersalah.Ryan melihat orang di sekelilingnya yang sudah mabuk akibat meneguk minuman keras berlebihan.
"Ryan?"tegur seorang gadis.Ryan menoleh ke sisinya.
"You buat apa dekat sini? Tak balik rumah?"soal Tisya yang turut berada di dalam kelab malam tersebut. Ryan hanya menggeleng.Tisya mengambil tempat disebelah Ryan.
"Kenapa tak balik?"soal Tisya.Suaranya terpaksa dikuatkan kerana bunyi muzik yang terlalu kuat menyukarkannya untuk bercakap.
"I taknak balik lagi. I dah lama tak masuk sini,"jawab Ryan. Dia meneguk minuman yang dipesannya.
Tisya memerhatikan wajah Ryan. Dia tahu,pasti ada yang tak kena. Mungkin juga Ryan dan Yana bergaduh?
Sejak bersama Yana,Ryan mana pernah masuk kelab malam lagi.Melainkan dia betul-betul ada masalah.
"You bergaduh dengan Yana?"soal Tisya lagi.
Ryan mengeluh.Dia memandang gadis-gadis yang berada di dalam kelab malam tersebut.
"Yana mengandung."
Tisya mengerutkan dahinya. "Apa dia?"
"Yana mengandung.Pregnant. Baby." Ryan menguatkan lagi suaranya.Tisya terkebil-kebil.
Yana mengandung? Cepat betul!
"Kalau dia mengandung,apa masalahnya? You tak suka? Anak you tu,"kata Tisya.Dia sempat memesan air kepada pelayan.
"You know me,Tisya.I tak suka ada komitmen.I kahwin dengan Yana sebab nak enjoy dengan dia.Bukan sebab nak ada anak." Ryan sekali lagi meneguk minuman keras yang dipesannya.
Dah agak! Sangkaan Tisya terhadap Ryan selama ni benar.Ryan tak cintakan Yana,tapi cuma mahu enjoy semata-mata. Dia kenal Ryan Harriz! Lelaki yang tak pernah matang!
"Habis tu,Yana macam mana? Takkan nak gugurkan?"soal Tisya. Dia menyedut air jus yang dipesannya.
"I minta dia gugurkan,tapi dia taknak.Dia degil." Tisya nampak Ryan merengus.Tegang saja wajahnya.
"You sebagai suami kena bertegas dengan dia.Dia sebagai isteri tak boleh bantah cakap you. Kalau you tak sedia lagi,nak buat macam mana?"kata Tisya.Dia mula masuk jarum.
Dia suka melihat Ryan begini.Tertekan. Depres. Baru dia tahu macam mana rasanya tertekan dan depres seperti mana kembarnya rasa dulu!
"Dah tu? Takkan I nak suruh dia gugurkan juga kalau dia dah taknak? Kalau dia mengadu dekat daddy I,matilah I."
Tisya mendiamkan diri sejenak.Dia berfikir.
"Apa kata,you buat Yana gugur? I mean,buat Yana gugur dengan sendirinya?"cadang Tisya. Berkerut wajah Ryan dibuatnya.
"You gila ke? Takkan I nak buat macam tu?"katanya.Dia menggelengkan kepalanya.
"I tak sekejam tu."
Tak sekejam tu? Kau lebih kejam dari tu,Ryan! Bisik hati Tisya.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...