"Yana,Haiqal ada datang pagi tadi."
Yana memandang wajah ibunya. Daripada berselera mahu menjamu selera air tangan ibunya,terus hilang selera tatkala mendengar nama Haiqal.
"Apa lagi yang dia nak? Kita bukannya ada kaitan dengan lagi pun,"kata Yana. Dia menuang air teh o ke dalam cawan.
"Dia kata,kalau boleh dia nak tuntut balik cincin tunang Yana dengan dia dulu.. Yana tak buang atau jual pun kan cincin tu?"soal Puan Sarah.
Berkerut dahi Yana dibuatnya. Haiqal nak tuntut balik cincin tunang?
"Biar betul dia nak tuntut balik? Mentang-mentanglah ni dia yang keluarkan duit. Kedekut!"
Puan Sarah mengangkat bahunya. "Biarlah. Lagi bagus kalau Yana pulangkan. Tak adalah kita berhutang dengan keluarga diorang. Lagipun nak buat apa simpan? Buat kenangan? Tak payah. Lupakan je."
Yana mencebik. "Yana pun taknak ada kenangan dengan dia. Senang-senang berubah hati lepas tu ada hati nak tinggalkan kenangan dekat orang. Memang taklah!"
"Nanti Yana jumpa dia dan pulangkan cincin tu." Yana menyuap sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.
Haih disebabkan kau aku hilang selera makan,Haiqal!
PEJAM,celik,pejam,celik sudah hampir dua minggu Ryan berada di hospital. Selepas sedar daripada koma dua hari,Ryan banyak meluangkan masanya dengan Yana di hospital tersebut.
"Ryan,esok awak dah boleh keluar hospital." Yana tersenyum.
"Biar betul? Saya dah sihat?"
Yana mengangguk seraya mengukir senyuman.
"Ala.. Lepas ni,tak ada siapa nak jaga saya dah." Ryan menjuihkan bibirnya.Tergelak Yana dibuatnya. Ryan ni memang pandai kalau bab buat muka comel!
"Macam budak-budak! Awak dah besar. Jagalah diri sendiri."
"Taknak. Saya nak Yana jaga saya.Boleh? Senang cerita,jadi isteri saya. Jaga saya 24 jam." Ryan tersengih-sengih.
"Amboi,jauh betul fikiran tu ya. Kenal pun tak sampai sebulan ada hati nak ajak saya kahwin,"ujar Yana. Dia tersenyum.
"Niat saya baik. Saya nak menghalalkan hubungan.." Ryan tersengih bak kerang busuk.
"Kita kawan dulu,okey? Kita kenal hati hudi masing-masing dulu. Baru kita decide nak kahwin,"kata Yana.
"Tak perlu kenal lama-lama. Saya tahu,Yana baik."
Yana tersenyum lagi. Kalau dengan Ryan,mulutnya tidak lekang dari senyuman. Mulut Ryan ni memang manis je memanjang!
"Dah,saya nak keluar dulu. Saya ada kerja sekejap. Awak duduk sini.Rehat okey? Kalau nak apa-apa,panggil nurse."
"Kalau saya nak awak,macam mana pula? Takkan nak panggil nurse juga?"usik Ryan.
Yana tergelak kecil. "Kalau nak saya,kenalah sabar sikit! Dah,saya keluar dulu." Yana menggelengkan kepalanya perlahan dan keluar daripada bilik wad tersebut.
"Yana.. Doktor Yana Zulaikha.." Ryan menyebut nama tersebut berulang kali.
"Oh,jadi nama doktor tu Yana Zulaikha? Cepatnya you kenal dia."
Ryan tersedar dari lamunannya. Dia memandang ke arah Tisya yang berjalan masuk ke dalam bilik wadnya.
Haih,ni sorang lagi.Rajin nak datang melawat hari-hari!
"You tak ada kerja ke,Tisya?"soal Ryan.Gadis itu menggeleng.
"Tak ada. Tu sebab I datang sini nak jaga you. You bakal suami I,mestilah I kena jaga baik-baik." Tisya tersenyum.
Bakal suami? Ya Allah,nak tercekik aku dengar! Bisik hati Ryan.
"You dah pandai melawak sekarang. Masa bila pula I jadi bakal suami you? Kita tak ada apa-apa hubungan pun,"kata Ryan. Cuak juga sebenarnya bila Tisya kata macam tu. Buatnya Datin Sofea yang rancang semuanya,tak ke naya?
"Betullah. You bakal suami I. Keluarga kita nak satukan kita. Kita akan bertunang tak lama lagi. Mummy you kenal I.. Mama I pun kenal you. Jadi,wajarlah kalau diorang nak kita kahwin." Tisya tersenyum.
"Well.. I tak berminat. Sorry but cari lelaki lain."
Tisya mencapai tangan Ryan dan menggenggamnya erat.
"Ryan.. Kita tak layak untuk sesiapa. Kita layak for each other je. Kita berdua dah kenal perangai masing-masing. Jadi,tak salah kalau kita kahwin. Takkan you nak cari isteri yang langsung tak tahu diri you siapa?"kata Tisya.
Panas hati pula Ryan mendengarnya. Dia menarik tangannya daripada terus digenggam oleh Tisya.
"Soal siapa yang akan jadi isteri I,itu biar I yang tentukan. Apa yang pasti,I takkan kahwin dengan you. Kenapa you dah terdesak sangat nak kahwin? Sebab you dah mengandung?"tebak Ryan.
"Ryan,I-"
"Stop it,Tisya. I tak layak untuk you dan you pun tak layak untuk I. Jadi,berhenti cakap pasal kahwin,"tegas Ryan.
"Habis tu,siapa yang layak jadi isteri you? Doktor Yana tu? Dia lagi tak layak untuk you. Dia tu tak tahu apa-apa. You jangan ingat,you buka cerita murahan you dekat dia.. You boleh dapat dia. Jangan ingat I tak tahu yang you tak buka cerita yang sebenarnya dekat doktor Yana tu kan?"kata Tisya. Bengang dengan Ryan kerana berani mempersoalkan tentang layak atau tidak dirinya untuk menjadi isteri.
"So? Itu hak I,sama ada I nak cerita atau tak. You jangan masuk campur." Ryan memandang ke luar tingkap.
"Oh,tak boleh masuk campur? Kenapa? Takut I bocorkan rahsia you? Stop la Ryan. I dah lali dengan permainan you ni. Semuanya sama. Bertahun-tahun I tengok you main permainan yang sama dengan perempuan. You pun jangan lupa. I salah satu mangsa you. Also,my twin pun mangsa you!"
Berdegup kencang dibuatnya jantung Tisya tatkala mengungkit semua itu. Terpaksa dia mengungkit untuk menyedarkan lelaki ini.
Namun,kalau dah nama pun Ryan Harriz,memang dia takkan dengar nasihat orang. Takkan!
"And you pun jangan lupa apa nasib kembar you tu. Kalau you taknak end up macam dia,baik you tutup mulut. This is my life and you jangan sibuk nak campur tangan. You cakap dengan keluarga you,I tak sudi nak kahwin dengan you. Full stop."
Tisya memandang Ryan. Dia menarik nafas sedalam mungkin.
"Okay. Tapi,I nak tengok sejauh mana permainan you ni boleh pergi. I nak tengok dan tunggu bila waktu kejatuhan you,Encik Ryan Harriz."
Tisya segera beredar daripada situ. Ryan membuat tidak endah.
"Huh,ada hati nak ugut aku. This is Ryan Harriz.Tak ada siapa yang boleh halang aku untuk dapatkan apa yang aku nak. Kalau aku nak,aku akan dapat!"
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...