Yana mengutip baju-baju kotor milik Ryan dan juga miliknya. Baju-baju tersebut disatukan ke dalam bakul. Melihat sebakul lagi baju kotor milik ibu mertuanya,Yana membasuh sekali gus baju-baju kotor itu semua.
"Eh,perempuan.Siapa suruh kau basuh baju aku guna mesin?"tegur Datin Sofea.
"Aku nak kau basuh guna tangan. Cuci semuanya! Kalau baju aku rosak,aku nak kau ganti rugi.Faham? Baju-baju ni semua aku beli dekat overseas tau. Mahal! Kau jangan dengki pula nak rosakkan!"
Yana hanya mendiamkan diri.Dia hanya menurut jata-kata ibu mertuanya.Kalau tak ikut,nanti bertambah baran pula orang tua tu.
Sesekali Yana terfikir.Ryan memang taknak balik rumah mereka ke? Sampai bila nak duduk dengan metuanya tu?
"Aku nak keluar dengan Tisya. Kalau Dato' balik tengahari nanti,cakap je aku keluar dengan Tisya. Ryan pun ikut aku. Kau duduk rumah ni jangan jadi bos pula. Orang gaji dalam rumah ni cuti. Aku nak kau mop lantai,siram pokok,sidai baju. Semualah! Kata menantu mithali kan?"perli Datin Sofea.Bibirnya terukir senyuman sinis.
Yana mengangguk.Mulutnya masih tidak mengeluarkan suara.
"Kau dah bisu ke? Tak ada suara? Nak kena guna bahasa isyarat? Kau faham ke tak apa yang aku cakap?"soal Datin Sofea.Suaranya agak meninggi. Bergema jugalah rumah agam itu.
"Faham mummy.." Yana mengangguk.
Ey,boleh pekak aku kalau hari-hari kena menjerit dengan dia macam ni.
"Mummy? Aku bukan mummy kau. Panggil aku Datin! Jangan nak bahagia sangat jadi isteri anak aku tu. Tak lama lagi,dia lepaskan kau. Kau kena berambus dari sini okey? Aku menyampah tengok muka kau." Datin Sofea memandang Yana dari atas hingga bawah. Dia menjeling kemudian berlalu pergi.
Yana menghela nafas berat. Dia mengusap dadanya.
"Sabar,Yana." Yana menyejukkan hatinya sendiri.Kemudian,dia kembali menyambung kerjanya yang tertunggak tadi.
Ryan yang sedari tadi mendengar perbualan antara Yana dan Datin Sofea hanya duduk diam di sebalik dinding. Datin Sofea hanya berlalu pergi tanpa menyedari kehadiran anaknya disitu.
Ryan memerhatikan isterinya membasuh baju sepertimana Datin Sofea menyuruhnya tadi. Ada juga rasa kesal di hatinya melihat isterinya dilayan begitu.
Tapi seperti biasa,ego menguasai segalanya. Egonya terlalu tinggi melangit.
Wajah Yana yang tenang membasuh baju diperhatikan.
Yana ni tak penat ke? Pagi-pagi dah kena bangun dan siapkan sarapan. Lepas tu,basuh baju pula.Lepas ni,mop lantai. Siram pokok belum lagi kiranya. Sikit pun tak pernah nampak Yana mengeluh.
"Sayang.." tegur Tisya,tiba-tiba muncul dan memeluk lengan Ryan. Terkejut Ryan di buatnya. Yana pula terdengar dari bilik air namun dia tak pula memandang Ryan.
Buat apa pandang? Buat sakit hati je.
"Pagi lagi you dah sampai. Kita nak keluar lambat lagi kan?"soal Ryan.
"Lambat apanya? Sekaranglah,sayang.Tu lah.. Ni mesti kes bangun lambat kan? Tak apa,sayang pergi siap dulu.I tunggu okey." Tisya mengukir senyuman yang menggoda. Tambahan pula jarinya bermain-main di dada Ryan.
Ryan mula berasa rimas.Dia menolak perlahan.
"Tunggu kejap. I nak tukar baju." Ryan terus naik ke tingkat atas. Tisya masih tersenyum dengan senyuman ulat bulu dia tu.
"Okey,I tunggu dekat bawah. Cepat sikit tau!"
Tisya menjengukkan kepalanya. Dia melihat Yana yang sedang membasuh baju kemudian dia tersenyum suka.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...