2. Teman

855 57 0
                                    

"Encik Ryan, how do you feel today? Better? "

Ryan memandang sekilas wajah Feeqa. Kemudian,dia memandang semula ke luar tingkap. Wajahnya tidak memberi sebarang ekspresi.

"Bila I boleh keluar? I nak keluar dari sini. I dah sihat,"katanya.

Feeqa hanya tersenyum. "Nanti bila encik betul-betul dah sihat,saya bagi kebenaran untuk keluar. Jangan risau."

"Boleh tak terus-terang je? I nak jumpa kawan-kawan I!" Suara Ryan mulai naik satu oktaf.

"Encik.. Saya tahu,encik susah nak terima. Tapi,encik kena redha pemergian diorang. Encik ingat apa-apa tak sebelum encik kemalangan tu?"soal Feeqa.

Ryan terdiam. Mana mungkin dia tidak mengingatinya. Perkara yang paling sukar untuk dilupakan!

Melihat Ryan mendiamkan diri,Feeqa menghulurkan segelas air suam kepada Ryan.

"Encik minum dulu. Lepas tu,encik rehat. Okey? Kalau encik ada apa-apa yang nak diceritakan,saya ada. Jangan risau,"kata Feeqa.

Ryan memandang gelas yang dihulur oleh Feeqa. Pada masa yang sama,wajah Balqis terngiang-mgiang di minda.

"No! " Gelas yang dipegang oleh Feeqa di rampas kasar dan dibaling ke lantai sehingga gelas tersebut pecah.

Yana yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik wad tersebut terkejut dengan tindakan Ryan. Nasib baik tidak terkena serpihan kaca yang dibaling oleh Ryan tadi.

Ryan memandang Yana yang berdiri di pintu bilik wadnya. Airmatanya bertakung.

"Doktor, tolong saya."

Yana memandang Ryan. Mulutnya melepaskan satu keluhan.

FEEQA menhenyakkan punggungnya ke atas sofa. Yana turut mengambil tempat disebelahnya. Wajahnya langsung tiada senyuman.

"Yana, kau okey tak? Thanks to you, Ryan nak buka cerita apa yang terjadi dekat dia walaupun dia cerita separuh jalan. Kau rasa,betul ke apa yang dia cerita semua tu?"soal Feeqa.

Yana mengangkat bahu. "Entahlah,Feeqa. Aku serabut. Banyak aku kena fikir."

"Kenapa? Kau ada masalah dengan tunang kau tu?"

Yana meraup wajahnya. Wajahnya benar-benar tampak kusut.

"Dia nak putus."

Tercengang Feeqa dibuatnya. "Kau biar betul? Kenapa?"

"Aku tak tahu. Tiba-tiba je dia nak putus. Dia ada perempuan lain i guess. "

Feeqa memeluk bahu rakannya. Menyalurkan semangat yang diperlukan.

"Mak ayah kau dah tahu?"soal Feeqa. Yana mengangguk.

"Apa kata diorang?"

"Diorang pun nak aku dengan Haiqal putus. Aku serabut. Aku tak tahu apa nak buat sekarang ni,"luah Yana. Dia menunduk.

"Tak apa. Kalau kau nak cuti,cuti lah. Rehatkan fikiran kau tu. Pasal Ryan,aku boleh minta tolong orang lain gantikan kau sekejap,"kata Feeqa.

"No.. No. Aku tak perlukan cuti. Aku rasa,ni masanya untuk aku lupakan Haiqal. Aku nak sibukkan diri aku dengan kerja. Lagipun,Ryan perlukan pantauan dari kita. Kita cuba korek rahsia yang dia pendam. Aku risau,kalau dia pendam terlalu banyak nanti memudaratkan diri dia,"kata Yana. Feeqa hanya mengangguk faham.

"Tapi aku balik kampung lusa. Aku cuti lebih kurang dua minggu. Kau boleh ke handle sorang?"soal Feeqa.

Yana hanya menganggukkan kepala. "Insyaa Allah boleh. Ada doktor yang akan gantikan kau sekejap nanti kan? Aku minta tolong dia."

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now