"Ala,ingatkan kau cuti seminggu.."
Yana tersenyum.Dia memeluk lengan sepupunya itu. "Nanti aku baliklah sini lagi.Lagipun,aku balik sini sebab kenduri Feeqa.Aku cuti tiga hari je."
Mia menjuihkan bibirnya. "Janji,nanti datang sini lagi tau?"
Yana mengangguk. "Janji."
Ryan hanya trsenyum melihat gelagat dua orang gadis itu.Dia bersalaman dengan pakngah.
"Terima kasih ya benarkan Ryan tumpang tidur sini.."
"Eh tak apa.Lain kali datanglah lagi ya,"kata pakngah.
"Yana,jomlah.Takut jalan sesak pula.Lambat kita sampai nanti,"kata Ryan. Yana hanya mengangguk.Dia bersalaman dan berpelukan dengan Mia dan makngahnya.
"Nanti Yana datang sini lagi tau!" Yana tersenyum.
"Hati-hati bawa kereta tu,Ryan,"pesan pakngah. Ryan tersenyum lantas mengangguk.Dia masuk ke dalam kereta.
Yana melambai dan turut masuk ke dalam kereta. Berat hati mahu pulang ke rumah namun kerja perlu diutamakan.
Haih,entah bila pula dapat balik sini.
DATIN Sofea menghempas punggung ke atas sofa.Wajahnya tampak bengang.Apa lagi kalau bukan kerana anak lelakinya?
"Melampau budak ni! Patutlah call tak angkat! Sibuk berfoya-foya dengan perempuan tu! Ikut balik kampung? What the..? Hilang akal agaknya anak aku ni!"bebelnya.Dia seperti cacing kepanasan.
"Geram betul! Dah nak jadi suami orang pun masih lagi sibuk berfoya-foya! Memang tak serik!"
Mata Datin Sofea melilau mencari kelibat pembantu rumahnya. "Kakpah!"
Mendengar pekikan Datin Sofea,pantas wanita yang berumur separuh abad itu mendapatkan Datin Sofea. "Ya puan?"
"Buatkan saya fresh orange! Less sugar! Nanti bawa masuk bilik saya,"kata Datin Sofea seraya bangun dan berjalan naik ke tingkat atas.Dia melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya dan pintu bilik dihempas kuat.
Kakpah hanya mengurut dada.Nasib baik jantungnya sihat.Kalau tak,boleh sakit jantung dibuatnya melayan kerenah keluarga yang tak pernah aman ini!
SESEKALI Yana mencuri pandang ke arah Ryan yang sedang fokus memandu.Dia menggigit bibir.
Aku ni dah kenapa? Dia dah ada dekat sebelah pun rasa resah ke? Rindu? Mengarut! Dia ada depan mata kau ni!
"Kenapa,sayang? Ada yang tak kena ke? Hm?"soal Ryan,lembut sahaja suaranya.Matanya masih fokus memandang jalanraya.
"H-ha? Tak ada apa-apa."
Ryan memandang Yana sekilas. "Ada masalah ke?"
Yana menggeleng. "Tak ada apalah.." Dia tersenyum.
"Okay then."
Ryan kembali fokus memandu. Sekali lagi,dia mencuri pandang ke arah Ryan.
"Kenapa sayang? Saya ada depan mata awak ni. Tak puas ya tengok saya?"
Pipi Yana menjadi bahang. Aduh! Dia ni boleh baca fikiran orang ke apa?
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...