29.Gambar

493 21 0
                                    

Yana mengemas baju-bajunya dan disimpan di dalam almari. Baju-baju Ryan turut dikemas dan disusun rapi di dalam almari. Yana menyusun seluar dalam suaminya di dalam laci.

Namun,lain pula yang dijumpainya. Sekeping gambar yang terselit di hujung di dalam laci itu di ambil.

"Tisya?" Berkerut dahi Yana. Gambar Ryan bersama seorang gadis berpelukan di dalam sebuah kelab malam itu dipandang lama.

Sah! Yana tak boleh nak berfikiran positif lagi.

Tanpa berkata apa-apa,gambar tersebut diambil dan disimpannya. Dia perlukan penjelasan daripada Ryan.

RYAN sampai ke rumah lewat malam.Lepas menghantar Tisya pulang ke rumah,Ryan tidak mahu terus pulang.Dia menyinggah ke rumah Zahir.Segala masalahnya diceritakan kepada Zahir.

Selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada Zahir,barulah dia pulang ke rumah. Puas Zahir menasihatinya agar menjadi matang dan perlu belajar untuk mempertahankan rumahtangganya.

Huh,Zahir kalau bercakap memang pandai. Tapi dia sendiri tak ada calon isteri.

Perlahan-lahan Ryan mendaki anak tangga.Dia membuka pintu bilik secara perlahan agar tidak mengganggu lena isterinya yang disangkanya sudah tidur.

Langkahnya terhenti apabila melihat Yana masih berjaga.Malah,dia duduk di balkoni sambil mengambil angin malam. Ryan menggelengkan kepalanya perlahan.

"Sayang kenapa tak tidur lagi? Dah lewat malam ni. Masuk sayang. Tak elok duduk luar.Sejuk,nanti badan sayang masuk angin,"kata Ryan.Dia berjalan menuju ke arah Yana.

Yana tidak mempedulikan Ryan. Entah kenapa dia berasa jauh hati dengan Ryan sekarang.

"Sayang,jom masuk." Ryan menyentuh lembut bahu Yana namun Yana lebih pantas mengelak.

"Sayang,what's wrong?"

Kalau boleh,Yana langsung tak mahu bercakap dengan Ryan sekarang.Tapi dia perlukan penjelasan. Penjelasan tentang hubungan suaminya dengan Tisya.

Wajah Ryan dipandang.Terkedu Ryan dibuatnya apabila melihat mata isterinya basah.

Yana menangis?

"Kenapa abang jumpa Tisya tadi?"soal Yana.

"A-abang .. Abang tolong hantar dia balik.. Dia ada masalah tadi.."

Kenapa pula ni? Apa pula yang jadi sampai Yana menangis?

"Kenapa abang ambil berat sangat pasal Tisya?"soal Yana lagi.

"Abang tak ambil berat pun,sayang. Abang sebagai kawan dia kena tolong dia waktu dia susah. Abang bukannya saja-saja sayang.."jelas Ryan. Ah,dia nak mengaku apa lagi?

Renungan Yana padanya membuatkan Ryan tak senang hati. Dia mahu membawa Yana masuk ke dalam bilik namun Yana tidak berganjak langsung.

"Sayang,tell me.What's wrong?" Ryan mengelap mata Yana yang basah.

"Explain this." Yana mengeluarkan gambar tadi daripada poket baju tidurnya dan dihulurkan kepada Ryan.

Terbuntang mata Ryan dibuatnya.

"Mana dapat gambar ni?" Ryan memgambil gambar tersebut daripada Yana.

"Jadi,abang dengan Tisya ada hubungan lebih daripada seorang kawan? Yana tahu abang ni dulu buaya darat. Tapi takkan abang langsung tak ambil peduli batas? Abang peluk Tisya. Tadi,abang tolong hantar dia balik rumah. Apa semua tu,abang?"

Yana tak mampu berfikir dengan baik sekarang.Apa yang dia tahu,dia mahukan penjelasan dan penjelasan itu haruslah memuaskan hatinya.

"Yana,ni bukan Tisya.. Ni-"

Tak sempat Ryan mahu menjelaskan semuanya,Yana lebih pantas memintas kata-katanya.Ryan tak berpeluang langsung untuk membuka mulut.

"Habis tu,siapa?! Dah terang-terang tu Tisya! Tell me. Kenapa abang kahwin dengan Yana sedangkan abang dengan Tisya ada hubungan yang lebih daripada seorang kawan? Abang dah buat Yana ni macam orang ketiga dalam hubungan abang dengan Tisya!"marah Yana.Airmatanya tak dapat ditahan lagi.

"Abang cakap abang sayang Yana.Tapi kenapa abang lebihkan semuanya dekat Tisya? Kalau betul Tisya kekasih hati abang.. " Yana memandang suaminya.

"Please let me go."

Mendengar perkataan yang dituturkan oleh Yana,pantas Ryan menggeleng.Kedua-dua bahu Yana dipegang.Matanya memandang tepat ke dalam mata Yana. Dia mahu Yana tahu tentang isi hatinya.

Mumgkin dulu dia tak yakin dengan cintanya terhadap Yana.Tapi sekarang dia sedar.Yana segalanya baginya. Dia ikhlas jadi suami Yana!

"Tolong jangan cakap macam tu. Abang betul-betul sayangkan Yana. Yana kena yakin dengan abang. Abang tahu,abang tak sempurna. Tapi bagi abang peluang untuk ubah diri abang.Abang perlukan Yana dalam hidup abang,"kata Ryan,bersungguh-sungguh meyakinkan Yana.

Yana menepis tangan suaminya.Airmata dikesat dengan kasar.

"Mungkin sebab ni abang taknak Yana mengandung? Abang sebenarnya suka Yana gugur. Abang kahwin dengan Yana sebab nafsu.Kan? Abang memang munafik." Yana berpusing lalu berjalan masuk ke dalam bilik meninggalkan Ryan di balkoni.

"Munafik?" Berkeeut dahi Ryan.

"Sayang,dengar dulu penjelasan abang.Dalam gambar tu bukan Tisya.." Ryan mengikut jejak Yana.

"Habis tu siapa? Kembar dia?"

"Yes! Tu kembar seiras dia! Nama dia Tina. Dia dah lama meninggal dunia. Sayang,listen. Abang dengan Tina dulu memang rapat. Macam yang sayang tahu abang ni playboy. Abang mainkan perasaan dia.Tapi,lepas satu bulan abang terus tinggalkan dia. That's all! Gambar ni gambar lama sayang.."pujuk Ryan lagi.Dia memegang tangan Yana erat. Tak mahu melepaskan Yana.

"Kalau kisah silam,kenapa simpan? Kenapa? Abang rindukan dia?"tebak Yana.

Runsing Ryan dibuatnya mahu menjawab soalan Yana.

"Abang terlupa.Okey? Abang terlupa nak buang gambar ni.Gambar ni terselit.. Abang terlupa nak buang.Trust me.."

Yana menggelengkan kepalanya perlahan.

"Entahlah,abang. Yana pun tak tahu nak percaya atau tak. Bagi Yana masa. Yana masih tak faham dengan apa yang terjadi sebenarnya. Bagi Yana masa untuk kenal suami Yana yang sebenarnya." Yana menarik tangannya daripada terus dipegang oleh Ryan.

Ryan melihat Yana melangkah keluar dari bilik,dia sudah cuak.

"Sayang nak pergi mana?" Ryan menahan.

"Yana nak tidur bilik sebelah.Please,jangan paksa Yana. Kalau tak,Yana balik rumah ibu."

Yana tetap berkeras pergi ke bilik tetamu. Ryan meraup wajahnya kasar. Dia bercekak pinggang.

"Kau pun bodoh,Ryan.Cuai! Gambar lama pun nak simpan! Sekarang,terimalah padahnya!"gumam Ryan. Gambar yang dipegangnya sejak tadi dipandang.

Tina.. Tina. Kenapa kau buat hidup aku tak tenang?

Tina dengan Tisya.Sama saja! Sepasang kembar yang tak pernah lepaskan Ryan untuk hidup bahagia walaupun sekejap!

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now