30.Pujuk

458 22 1
                                    

Perlahan-lahan Ryan melangkah masuk ke dalam bilik tetamu. Melihat isterinya tidur seorang diri membuatkan hatinya tiba-tiba rasa bersalah dan sayu.

Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah katil. Dia menunduk sedikit memandang wajah Yana yang sedang lena tidur.Selimut dibetulkan.

Ryan memanjat naik ke atas katil perlahan-lahan agar tidak mengganggu lena isterinya.Sungguh,dia tak dapat tidur kerana Yana tiada disebelahnya. Tanpa Yana disisi,tidak lena tidurnya.

Rambut Yana diusap lembut.Dahi isterinya diciumnya dengan penuh kasih. Pertama kali dia merasa begitu sayang dengan seseorang perempuan dalam hidupmya selain Datin Sofea.

Keikhlasan hati Yana membuatkan Ryan jatuh sayang. Sayang hendak tinggalkan perempuan ini.Sayang hendak lukakan hati perempuan ini.

"Abang minta maaf kalau abang tak dapat jadi suami yang baik untuk Yana,"bisiknya perlahan di telinga isterinya. Perlahan-lahan Ryan memeluk Yana.

Yana yang sebenarnya sudah terjaga daripada tidur sejak Ryan mencium dahinya tadi hanya memejamkan matanya dan mendiamkan diri. Kalau ikutkan hati yang geram dan marah,memang dia mahu menghalau suaminya.

Tapi dia tahu. Kalau ikutkan hati yang marah,kelak akan menyesal pada masa depan.

Lagipun,pelukan Ryan membuatkan dirinya lebih selesa dan tidurnya akan menjadi lebih lena. Peluakn Ryan dibiarkan sehinggalah Yana kembali terlena.

AWAL lagi Ryan sudah bangun.Selepas solat Subuh,dia tidak melelapkan matanya malah dia bertungkus-lumus di dapur untuk membuatkan sarapan untuk isterinya.

Nak memujuklah katakan. Walaupun tak pandai memasak,dia sanggup buka google.

Hari ni Yana dah habis berpantang. Dia tahu,Yana dah rindukan makanan kegemarannya,laksa.

Yana turun tangga sambil wajahnya berkerut-kerut. Siapa pula yang masak laksa pagi-pagi buta ni?

Dia melangkah ke dapur. Ternampak pula Ryan yang sedang memasak kuah laksa.Siap dengan apron pink lagi! Pinjam isteri punya lah apa lagi?

"Abang masak laksa?"tegur Yana.

Terkejut Ryan dibuatnya.Dia menoleh.

"Eh,sayang.Duduk-duduk." Ryan menarik kerusi untuk isterinya.Yana hanya menurut.

"Abang masak laksa untuk sayang.Sayang dah habis pantang kan? Boleh makan kan?"

Yana memandang Ryan lama. "Pagi-pagi makan laksa? Abang ni biar betul?"

"Kenapa..? Tak boleh ke? Kalau tak boleh,tak apa.Sayang cakap je nak makan apa.Abang masakkan." Pantas Ryan menutup api dapur. Dia duduk di sebelah Yana dan tersenyum.Telefon sudah sedia di tangan untuk search di google.

"Kenapa abang tiba-tiba nak masak? Abang tak kerja? Sepatutnya saya yang buat sarapan.Bukannya abang,"kata Yana. Ryan tersenyum lagi.Telefonnya diletakkan di tepi kemudian tangan Yana dicapai.

"Harini abang yang jadi suri rumah. Memasak semua abang yang buat. Sayang jadi big boss harini. Sayang nak pergi mana-mana,abang bawakan."

Yana menarik tangannya. "Tak perlu susah-susah,abang. Saya boleh buat sendiri. Tak payah susah-susah nak pujuk saya dengan cara ni."

Yana bingkas bangun kemudian dijenguknya kuah laksa yang dimasak oleh Ryan tadi.

"Dah siap ke ni? Kalau dah siap,saya nak rasa.Perut dah lapar.Dah lama tak makan laksa." Yana mencapai mangkuk.

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now