Dato' Raziq melihat anak lelakinya yang sedang termenung jauh memandang kolam renang di belakang rumah mereka. Dia berjalan menuju ke arah Ryan. Dia dapat rasakan,anak lelakinya mempunyai masalah sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.
"Ryan,"tegur Dato' Raziq. Ryan menoleh.
"Daddy." Ryan mengawal riak wajahnya.Dia tersenyum.
"Kenapa ni? Ada masalah? Kalau ada masalah,ceritalah dekat daddy. Jangan pendam,"ujar Dato' Raziq. Wajah Ryan dipandang. Wajah itu tampak muram.
"Tak ada apalah,daddy.Cuma Ryan penat sikit. Duduk dalam flight lama sangat tadi,"dalih Ryan.
"Kenapa kamu marah Yana? Dia ada buat apa sampai kamu marah dia?"soal Dato' Raziq.
Wajah Ryan berubah tatkala dia medengar nama Yana.
Ah,buat spoil mood je!
"Daddy tak suka kalau kamu buat macam tu dekat dia. Kalau ada masalah,bincang baik-baik. Kalau dia ada buat salah,tegur dia baik-baik. Perempuan ni kita kena bimbing.. Kalau kita cakap baik-baik,insyaa Allah dia dengar nasihat kita."
Ryan menayang wajah kelat.
Perempuan macam Yana tu nak ke dengar nasihat orang? Silap-silap,cakap suami dilawannya nanti!
"Ryan bukan niat nak marah dia daddy,tapi perangai dia makin melampau. Dia tak hormat Ryan sebagai suami dia. Memang kena ajar dia tu,"kata Ryan,mengikut kata hati yang sedang marah.
"Mengajar jangan sampai membinasakan. Daddy takut,kamu terlalu mengajar dia sampai boleh kehilangan dia nanti. Setiap patah perkataan yang kamu ucap tu ada bisanya waktu kamu tengah marah. Lidah ni lagi tajam daripada pedang.
Daddy taknak,kamu menyesal di kemudian hari. Kamu tahu apa perasaan Yana bila kamu cakap kamu nak bertunang dengan Tisya? Kamu ada fikir baik buruknya kalau kamu madukan Yana?"soal Dato' Raziq lagi. Bahu Ryan ditepuk perlahan.
"Anak daddy ni dah dewasa.Dah boleh fikir dengan matang kan? Daddy harap,sebelum buat apa-apa keputusan,kamu fikir dulu. Pasal pertunangan kamu dengan Tisya.. Daddy kurang setuju kalau ia boleh menyakitkan menantu daddy tu. Fikir baik-baik."
Sejurus itu,Dato' Raziq masuk semula ke dalam rumah,meninggalkan Ryan keseorangan. Dia mahu Ryan memikirkan semula dengan nasihat yang diberikannya.
Ryan meraup wajahnya. Fikirannya betul-betul berserabut. Dia dilemma antara hati dan ego.
Kalau ikutkan hati,memanglah dia masih sayangkan Yana. Dia sendiri rasa sakit bila mengeluarkan kata-kata bisa kepada Yana.
Tapi kalau ikutkan ego, mahu saja dia kahwin dengan Tisya sekarang juga untuk balas perbuatan Yana kepadanya!
"Ryan,kenapa tak tidur lagi?"tegur Datin Sofea pula. Dia mendekati anak lelakinya. Kusut saja Ryan dilihatnya.
"Tak mengantuk lagi,mummy.Kenapa mummy tak tidur lagi? Lewat malam dah ni,"kata Ryan.
"Mummy pergi dapur sekejap tadi ambil air. Ryan kenapa ni? Fikir pasal tadi lagi? Dahlah,tak fikir sangat. Mummy dah cakap banyak kali. Lepaskan perempuan tu. Ryan yang taknak. Kalau perempuan tu pergi dari keluarga kita,kita semua dah boleh bahagia,"ujar Datin Sofea.
Ryan mengeluh. Lepaskan Yana? Tak mungkin dia lepaskan Yana. Takkan terjadi!
"Mummy cakap senanglah.. Bukan senang nak lepaskan dia. Mummy jangan risau,Ryan akan bertunang juga dengan Tisya. Cakap dengan aunty Maznah,Ryan minta maaf sebab lewat hantar rombongan meminang."
Tersenyum Datin Sofea mendengarnya. Lega hatinya.Akhirnya,Ryan mendengar kata-katanya.
Tak apalah kalau dia taknak lepaskan perempuan tu.Asalkan dia kahwin dengan Tisya.
"Yelah.. Kamu jangan fikir sangat,nanti jatuh sakit pula. Nanti masuk tidur.Jangan duduk dekat luar lama sangat."
Ryan mengangguk.
"Okey,goodnight."
Datin Sofea masuk ke dalam rumah. Ryan mengusap lengannya.Dia mula terasa sejuk.
Lantas itu,dia masuk ke dalam rumah.Duduk dekat luar lama-lama sejuk! Angin malam boleh buatkan dirinya terasa sejuk.Bukan sejuk je,seram sejuk pun ya juga.
RYAN membuka pintu bilik secara perlahan-lahan. Dia menjenguk sedikit kepalanya.
Yana yang sudah lena di atas katil dipandangnya. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik dan menutup pintu. Dah macam pencuri pun ada.
Dia berjalan menuju ke arah katil.
Hm,nak tidur sekatil ke dengan dia ni?
Ryan menggaru kepalanya.
Ah,tidur jelah! Ni bilik aku.
Perlahan-lahan Ryan naik ke atas katil.Dia baring di sebelah tubuh isterinya.Tak disangka-sangka,Yana memusingkan tubuhnya dan memeluk tubuh Ryan. Kepalanya siap dilentokkan ke atas dada Ryan.
Jantung Ryan menjadi laju. Dia menjadi kaku untuk beberapa ketika.
Wajah Yana yang sedang lena dipandang. Jarinya mengalihkan anak rambut yang menghalang pandangannya untuk memandang wajah Yana.
Lena dan tenang saja wajah Yana. Wajahnya sangat suci,langsung tak nampak aura wanita berhati busuk pada wajahnya.
Kadang-kadang,hatinya berasa ragu-ragu. Betul ke apa yang dilakukannya?
Tapi gambar-gambar tu pula macam mana? Tambahan pula dia pernah menelefon isterinya sewaktu dia di US. Yana langsung tak menjawab panggilannya malah tak dapat dihubungi langsung.
"Apa pula dugaan untuk kita kali ni? Dugaan untuk kita atau pun lebih kepada dugaan untuk abang?"kata Ryan,separuh berbisik. Anak rambut Yana dimainnya.
"Kalau Yana tersedar.. Abang mohon,teruskan tutup mata dan terus berpura-pura tidur. Abang nak peluk Yana malam ni.Rindu abang pada Yana tak terucap,sayang."
Perlahan-lahan tangan Ryan melingkari pinggang Yana. Didakapnya tubuh Yana seeratnya.
Ubun-ubun Yana diciumnya.Wangian yang sungguh dia rindui selama setahun ini. Dia sangat bersyukur sebab masih berpeluang untuk berjumpa dan bersatu dengan isterinya.
Namun,ego melebihi segalanya.Disebabkan ego,kebahagiaan yang dikecapi juga boleh turut runtuh dalam sekelip mata.
Malam itu,tidur Ryan menjadi lena dengan dakapan isterinya.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...