Yana menguis nasi yang ada di dalam pinggannya.Seleranya seolah-olah mati.Langsung tiada selera untuk menjamu selera.
Lauk yang dimasak hanya di pandang sepi. Ryan langsung tidak menjamah makanan yang telah dimasak. Malah,dia terus keluar tanpa memberitahu Yana apa-apa.
Jam menunjukkan pukul sembilan malam. Tiada tanda-tanda Ryan mahu pulang ke rumah. Kalau Yana nak keluar,Ryan pula tak benarkan.
Yana menghela nafas berat. Sudu di letakkan dan air suam diteguknya untuk membasahkan tekak yang kering.
Yana kembali termenung.
"Tina tu kembar Tisya ke? Kenapa aku tak tahu? Apa dah jadi sebenarnya sampai Ryan tak bagi aku untuk tahu?"gumamnya sendirian. Dia tertanya.
Kenapa Ryan beria tak mahu dirinya tahu? Sebagai seorang isteri,salah ke dia ambil tahu?
Hatinya menjadi sakit dan marah apabila teringatkan layanan Ryan kepadanya. Dia ingat,dia suami dia boleh buat sesuka hati ke?
Ryan yang sekarang bukanlah Ryan yang Yana kenal dulu. Dua personaliti yang berbeza!
Ini ke Ryan Harriz yang sebenar?
Bunyi pintu terbuka menyentak lamunan Yana.Ryan yang baru pulang dipandang sekilas.
Malas mahu ajak makan.Dia tahu,Ryan takkan makan langsung hasil air tangan perempuan curang ni kan!
Seperti yang disangka,Ryan terus mendaki anak tangga dan naik ke tingkat atas.Dia langsung tidak memandang isterinya yang duduk sendirian di meja makan. Yana seolah-olah tidak wujud.
Sakit betul hati Yana. Oh,kau nak perang dingin sangat dengan aku? Okey! Kita perang dingin!
Aku nak tengok.Siapa yang angkat bendera putih dulu!
Yana mencebikkan bibirnya.
RYAN perasan,isterinya masuk bilik.Ryan buat tidak endah.Dia membuka baju dengan selamba dan mencampakkan bajunya di tepi almari baju.
Buat apa nak susah? Isterikan ada nak kutip baju dia.
Yana nampak Ryan buka baju tapi dibiarkan saja. Baik baca majalah!
Yana duduk di atas katil dan bersandar di kepala katil. Majalah dicapai dan dibuka. Masing-masing diam tak bertegur.
Ryan baring di sebelah Yana. Yana mengesot sedikit ke tepi.
Ingatkan nak tidur bilik lain.Maklumlah,sanggup ke Ryan nak sekatil dengan perempuan curang macam dia kan?
"Tutup lampu.Aku nak tidur,"arah Ryan. Dia menyelimutkan badannya. Selamba badak dia je tak pakai baju lepas tu terus tidur! Nasib baik dia pakai seluar pendek paras lutut. Kalau tak,memang Yana rela tidur bilik lain!
Yana buat tak endah.Dia terus membaca majalah.
"Aku cakap,tutup lampu.Dah pekak ke?" Suara Ryan menjadi agak keras. Namun Yana masih buat tidak endah.
Disebabkan geram,Ryan merampas majalah yang dibaca Yana dan di campaknya ke atas lantai.
"Awak ni kenapa?" Bertukar panggilan Yana. Tak adanya nak panggil abang! Geli!
"Aku cakap tutup lampu.Dah pekak ke? Bisu?"
Yana menjeling suaminya. Mulutnya dicebikkan.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...