39.Janji

379 21 0
                                    

"Aku pergi tandas sekejap." Feeqa meminta diri. Yana mengangguk. Tak lama kemudian,Haiqal datang bersama dulang.

Kali ni,Haiqal beria-ria mengajaknya keluar. Tak apalah,Yana tak kisah sebab ada Feeqa. Ada juga yang menemaninya.

"Lepas makan ni,kita pergi shopping. Saya belanja okey,"kata Haiqal.Dia tersenyum.

"Eh tak payahlah,Haiqal. Membazir je.. "

"Tak apa,saya nak belanja. Jangan risau,saya ikhlas. Anggap hadiah dari seorang kawan okey? Dah makanlah.Mana Feeqa?" Haiqal menyedut air minumannya.

"Feeqa pergi tandas.. Haiqal,serba salah la saya kalau asyik awak belanja.."kata Yana.

"Tak apa,Yana. Saya ikhlas. Lagipun,awak cakap suami awak pergi outstation kan? Mesti awak sunyi. Saya boleh teman awak. Sekurang-kurangnya awak ada kawan selain Feeqa,"kata Haiqal.

Yana tak mampu nak kata apa. Tolaklah macam mana pun,Haiqal tetap mahu memberi.

"Dah,jangan risau.Kejap lagi kita shopping ,"kata Haiqal.Ceria saja wajahnya.

Haih,degil betul Haiqal!

RYAN merengus.Dia menayang wajah bosan. Penatnya buat rehab tadi belum habis,sekarang nak kena hadap muka perempuan ni pula.

Hampir dua minggu perempuan ni asyik berkepit dengannya. Tak reti nak balik Malaysia ke?

"Kau ni tak reti balik ke? Aku penat. Nak rehat. Tak faham bahasa?" Selamba Ryan menghalau Tisya tanpa menapis langsung kata-katanya.

Tapi seperti biasa,Tisya menayang wajah selambanya. Dia tetap duduk berdekatan dengan Ryan.Datin Sofea? Huh,tak payahlah.Dia lagi suka Tisya buat macam tu.

Tisya ni pun cakap tak serupa bikin sebenarnya.Konon tak suka dengan Ryan.Benci konon. Tapi hakikatnya nak juga rapat dengan lelaki itu.

Maklumlah,orang kalau dah jatuh hati dengan paras rupa,benci pun boleh bertukar cinta!

"Buat apa balik Malaysia? Bosanlah dekat sana. Kalau dekat sini,boleh I tolong mummy jaga you.". Tisya tersenyum.

"Kejap,mummy? Kau panggil mummy aku mummy? Eh sejak bila dia lahirkan kau? Sedar sikit,kau dah ada mak sendiri.Sibuk dekat mak orang lain kenapa? Tak cukup kasih sayang?"bidas Ryan kepada Tisya.

Berasap telinga Tisya namun disabarkan hati.Kalau ikutkan nak je hempuk mamat ni.Tapi nanti lumpuh satu badan terus pula susah!

"Tak baik Ryan cakap macam tu dekat Tisya.Jaga kata-kata tu,"tegur Datin Sofea.

"Betul apa? Sejak bila mummy lahirkan dia? Tak ingin Ryan nak ada adik beradik macam dia ni. Geli,"kata Ryan sejujur-jujurnya.

"Bersyukurlah sikit dia datang sini tolong jaga kamu.."

"Tak bersyukur pun. Dia tolong jaga apa je? Ryan nak pergi tandas pun Ryan pergi sendiri. Ryan nak makan pun Ryan suap sendiri. Dia ni tolong masak? Mummy tak ingat ke? Kita makan spaghetti dia haritu? Sakit perut dua hari! Macam ni ke mummy nak buat menantu?" Habis-habisan Tisya dikutuk oleh Ryan.

Dalam hati,berbakul-bakul Tisya menyumpah si Ryan. Oh kau kata aku tak pandai masak? Kau geli dengan aku? Habis tu perempuan tu semuanya elok la? Dah cacat pun tak sedar diri! Mulut tak ada insurans!

"Benda dah lepas kenapa nak ungkit? Dahlah tu,Ryan. Tisya nak berbaik,kamu taknak. Kenapa?"soal Datin Sofea.

"Sebab dia ni tak pernah berubah! Ryan lagi kenal dia ni! Kalau dah hati busuk,selamanya busuk! Dah,Ryan taknak cakap banyak. Esok Ryan taknak tengok muka dia ni lagi.Semak!"kata Ryan kemudian dia menolak kerusi rodanya masuk ke dalam bilik.

Datin Sofea mengurut dadanya.Sabar jelah dapat anak keras kepala!

"Tisya,jangan ambik hati ya?"

"Tak apa. Dia belum tahu kebenarannya. Esok Tisya balik Malaysia. Tapi sebelum Tisya balik,Tisya akan buktikan dekat dia yang tanggapan dia dekat perempuan tu selama ni salah. Konon perempuan baik. Kita tengok siapa yang baik,siapa yang jahat dekat mata Ryan lepas ni,aunty."kata Tisya dengan penuh dendam.

Datin Sofea yang kebingungan hanya menganggukkan kepala.

Agaknya,apa yang Tisya nak buktikan?

RYAN mengeluh.Lama lagi ke dia perlu tinggal disitu? Sesekali dia memegang kakinya. Setiap malam sebelum tidur pasti dia akan mengurut kakinya dengan harapan esok kakinya akan pulih.

Tak sanggup dia duduk disitu lagi. Baginya,duduk disitu bagaikan neraka! Kalau dah macam ni,macam mana nak pulihkan hubungan dengan mummynya sepertimana permintaan Yana?

Dengan perangai mummynya yang pentingkan diri memang tak boleh nak berbaik. Ada saja yang menyakitkan hatinya.

Lebih-lebih lagi ada Tisya.Lagilah sakit hati! Pernah sekali Tisya meraba lengan dan pehanya. Memang minta kena sound!

Kecil hati atau tak Ryan tak ambil peduli.Padan muka! Siapa suruh gatal sangat!

Ryan mencapai gambar perkahwinannya dengan Yana yang dibawa dari Malaysia. Setaip hari dia merenung gambar itu untuk melunaskan rasa rindu terhadap isterinya.

Kesian Yana. Pasti dia tak dapat telefon Ryan sebab telefon Ryan dah dirampas oleh mummynya.

"Abang janji,abang akan kembali pada Yana tepat pada masanya."

Janji Itu dipegangnya sehingga ke harini. Tu sebab dia bersungguh buat rehab agar dirinya kembali pulih. Kalau boleh, dalam masa kurang setahun dia mahu balik ke pangkuan isterinya.

"Yana tunggu abang. Sikit je lagi,abang akan balik pada sayang. "

Ryan memeluk gambar itu. Setiap malam dia memeluk gambar itu sambil tidur. Kerap juga dia bermimpikan isterinya.

Walaupun dia kurang upaya,namun solatnya tidak ditinggalkan. Setiap kali lepas solat,pasti dia akan berdoa agar dia dapat bersatu kembali dengan Yana.

Semoga isterinya setia menunggu kepulangannya di sana. Janjinya tetap akan ditunaikan.

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now