Setahun kemudian..
Pejam,celik,pejam,celik sudah setahun masa berlalu. Ryan sudah kembali sihat seperti sediakala. Alhamdulillah,berkat usaha dan doa,dia kembali sihat seperti dulu.
Ryan berjalan sambil tangannya berada di dalam kocek seluar.Gayanya tak ubah seperti orang berada yang bersifat angkuh dan riak. Wajahnya tiada segaris senyuman. Sesekali dia membetulkan kaca mata hitamnya.
Isterinya,Yana yang sudah pun tiba dan menunggu ketibaannya menoleh ke arah Ryan.Mulutnya tersenyum lebar. Rasa rindu yang tak tertanggung!
Namun,senyuman Yana menjadi pudar tatkala matanya tertangkap pada lengan Ryan yang dipeluk erat oleh gadis yang bernama Tisya.
"Abang." Yana menyapa suaminya.Dipaksa mulutnya untuk mengukir senyuman manis. Dia menghulur tangan mahu mencium tangan suaminya namun Ryan hanya buat tidak endah. Dibuatnya Yana seperti tidak wujud.
"Daddy." Ryan menyapa bapanya dan memeluk Dato' Raziq. Tisya hanya tersenyum sipu di sebelah Ryan.Datin Sofea pula tersenyum.Masing-masing buat Yana seperti tidak wujud.
"Amboi.. Setahun duduk sana,terus berubah jadi mat saleh ya?"usik Dato' Raziq. Ryan ketawa.
"Pak Mat,simpan beg saya dalam bonet." Ryan memberi arahan kepada pembantunya. Pak Mat hanya akur.
"Abang.." Yana mendekati suaminya. Tangan Ryan dicapai namun Ryan lebih pantas menariknya. Terkejut Yana.Begitu juga dengan Dato' Raziq.
"Don't touch me! Jauh sikit. Aku geli."
Yana tersentak. Kenapa tiba-tiba Ryan bertindak begitu?
"Ryan,kamu kenapa? Tak rindukan Yana?"soal Dato' Raziq.Nasib baik ibubapa Yana tak ada deat situ,kalau tak mesti mereka juga terkejut dengan kelakuan menantu mereka.
"Excuse me? Rindu? Perempuan ni layak ke dapat rindu Ryan? I don't think so." Ryan memandang Yana daripada atas hingga bawah membuatkan gadis itu terasa direndahkan.
"Abang.. Kenapa ni? Abang saja ya nak kenakan Yana? Yana rindu abang. Setahun kita tak dapat jumpa, abang,"kata Yana.Dia tetap mahu berfikir positif.
"Berhenti panggil aku abang. Aku geli.Faham? Siapa suruh kau datang sini? Ada aku suruh kau datang sini? Tak kan? Blah." Ryan menghalau isterinya sendiri.Datin Sofea tersenyum puas.
"Ryan,jangan cakap macam tu dekat Yana." Tegur Dato' Raziq.
Apahal pula dengan Ryan ni? Haih.
Yana tak terkata.Dia memandang Ryan dan Tisya bersilih ganti. Ryan faham dengan maksud pandangan isterinya lantas berkata.
"Oh ya. Untuk pengetahuan kau,bulan depan aku bertunang dengan Tisya. Nak tak nak,kau kena terima hakikat yang kau bakal bermadu. Kalau tak suka,kita jumpa dekat mahkamah.Settle." Ryan memegang erat tangan Tisya.
Sakit hati Yana melihatnya. Dia menggigit bibir.Dia bingung.
Apa salahnya sampai Ryan buatnya begitu? Kenapa Ryan berubah dalam masa setahun?
"Ryan,apa kamu cakap ni? Dah,jangan nak merepek. Kita balik rumah dulu." Dato' Raziq mula tak senang dengan sikap anak lelakinya.
"Ryan takkan balik rumah tu kalau perempuan ni ikut. Ryan taknak tengok muka dia. "
"Ryan." Dato' Raziq menegaskan suaranya.Dia memandang Datin Sofea.
Ni mesti kerja isterinya. Tunggu je masa nak 'basuh' isterinya nanti!
Ryan menayang wajah toya. Dia menarik Tisya ke arah kereta lantas masuk ke dalam kereta. Pak Mat sudah pun bersedia menunggu mereka.
Dato' Raziq memandang Yana.Terbit rasa bersalah dihatinya.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...