32.Gaduh II

444 21 0
                                    

"Apa nak jadi dengan kamu ni,Ryan? Makin hari makin melampau pula mummy tengok!"marah Datin Sofea.Dia memeluk bahu Tisya dengan erat. Wajah anak lelakinya dipandang tepat. Berkerut-kerut dahinya.

"Jangan ingat mummy diam sebab mummy izinkan kamu kahwin dengan doktor tu. Mummy terpaksa izinkan sebab daddy! Kalau tak,memang mummy takkan izinkan!"marahnya lagi. Dia memandang Tisya yang menunduk.

Huh! Dasar perempuan tak guna! Bermuka-muka kau ya! Makin melampau!
Bagi betis,nak peha!

"Kalau mummy tahu nak jadi macam ni,memang mummy takkan bagi doktor tu rawat kamu. Mummy rela cari doktor lain!"

Ryan merengus. "Sekarang mummy nak salahkan takdir la? Tak redha jodoh Ryan dengan Yana?"

"Memang pun! Kalau ikutkan hati mummy ni,sekarang juga mummy nak kamu ceraikan dia. Mummy tetap nak Tisya jadi menantu mummy. Ingat sikit. Dahlah buat salah dekat Tina dulu,sekarang nak buat aniaya dekat Tisya pula? Hati apa kamu ni,Ryan? Mummy tak ajar kamu buat orang macam tu!"marah Datin Sofea lagi. Dia meluahkan segala isi hatinya yang sudah lama terpendam.

Mendengar kata-kata Datin Sofea,hati Tisya sudah melonjak gembira.Suka kerana dia mempunyai sokongan kuat dan Ryan pula akan dilandai badai tak lama lagi. Biar lelaki tu rasa susah! Asyik aku je susah! Biar dia sekali susah!

"Habis tu,siapa ajar mummy buat aniaya dekat menantu sendiri? Siapa yang benarkan mummy sentuh isteri Ryan? Cakap dengan Ryan. Siapa?"soal Ryan.Suara dikeraskan. Wajahnya tegang menahan geram.

Datin Sofea terdiam sejenak.Tisya memandang Datin Sofea. "Aunty buat apa?"soalnya.

"Kau tanyalah orang tua ni. Apa orang tua ni dah buat. Korang berdua langsung tak ada beza.Dua-dua sama! Hati busuk!"

"Apa kamu cakap ni? Mummy tak buat apa pun! Mummy cuma bagi dia jus buah. Bukannya ada racun pun,"kata Datin Sofea.Masih lagi menafikan perbuatannya.

"Oh.Memanglah jus buah. Tapi mummy tahu Yana mengandung. Kenapa bagi dia buah nenas sekali? Nak kata tak pandai,mummy makan garam dulu dari Ryan.Kenapa mummy buat macam tu eh dekat Yana? Apa salah dia dekat mummy?

Yang salah,Ryan! Ryan yang bersalah.Ryan mainkan perasaan orang. Yang patut dihukum Ryan,bukan Yana!"kata Ryan.Suaranya agak meninggi.

"Tapi mummy tak suka dia! Kalau kamu tetap nak bersama dengan Yana,teruskan.Tapi jangan menyesal. Mummy akan buat lagi teruk dari haritu!"ugut Datin Sofea. Tisya memandang Datin Sofea.

Berani betul orang tua ni.

"Kenapa mummy sibuk lebihkan perempuan ni? Sebab mummy nak syer syarikat diorang? Apa? Keluarga kita dah nak jatuh muflis ke? Mummy,jangan mengemis harta orang. Kita dah ada harta sendiri!"ujar Ryan. Datin Sofea melepaskan pelukannya dengan Tisya.

"Mummy tak tahu dari mana kamu dapat tahu pasal ni.. Tapi keputusan mummy muktamad. Mummy nak kamu ceraikan Yana dan kahwin denan Tisya. Bukan dapat syer syarikat diorang je,tapi mummy nak Ryan bertanggungjawab apa yang dah jadi dekat Tina dulu."

Sejurus itu,Datin Sofea beredar naik ke tingkat atas masuk ke dalam bilik. Tinggallah Tisya dan Ryan berduaan di ruang tamu.

Ryan meraup wajahnya kasar. Dia merengus kuat. Kepalanya serabut.Benar-benar serabut!

"Ryan-"

Ryan memintas percakapan Tisya. Dia menunduk,tidak memandang wajah gadis itu.

"Kau dah puas hati sekarang? Kau nak aku susah,kan? Sekarang aku dah jadi susah. Aku dah merana. Puas tak? Atau kau nak buat aku bertambah susah lagi? Susah sampai aku terduduk?

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now