18.Anak angkat

439 22 0
                                    

Yana mengambil angin malam di balkoni biliknya.Angin sejuk menyapa kulitnya membuatkan dirinya terasa tenang.

Yana terasa ada sepasang tangan yang melingkari di pinggangnya. Siapa lagi kalau bukan Ryan. Memang setiap malam Ryan akan memeluknya daripada belakang. Sudah terbiasa dan menjadi ruti mereka setiap malam.

Ryan sememangnya suka memanjakan Yana.Apa-apa hal sekali pun,pasti Yana yang menang. Ryan hanya mengikut saja.
Tak pernah Ryan memarahi Yana, jauh sekali mahu naik tangan dekat Yana.

"Sayang fikir apa tu?"soal Ryan. Dahunya diletakkan di atas bahu Yana.

"Abang taknak cerita kisah hidup abang?"soal Yana,tiba-tiba.

"Kisah hidup abang?"soal Ryan semula.Yana mengangguk. Dia mahu mendapatkan kepastian sama ada benar atau tak kata-kata Tisya.

"Kan abang dah cerita dekat sayang masa dekat hospital haritu?"

"Takkan tu je?"soal Yana lagi.Dia melepaskan pelukan suaminya dan berpaling memandang suaminya.

Ryan memegang tangan Yana dan diusapnya lembut.

"Semuanya dah berlaku,sayang.Abang taknak buka cerita lama."

Jadi,betullah apa yang Tisya cakap? Ryan dulu liar orangnya?

"Apa maksud abang, 'dah berlaku'?"soal Yana lagi.Dia benar-benar mahu kenal siapa Ryan yang sebenarnya. Dia mahu kenal diri sebenar suaminya sendiri.

Tak salahkan?

Ryan melepaskan keluhan. Wajahnya seperti keberatan mahu cerita.

"Abang bukan taknak cerita,tapi.. Tu semua dah jadi kisah silam abang.Apa yang penting,sayang ada dengan abang sekarang.Sayang takkan tinggalkan abang.Janji?"katanya.

Pula? Aku suruh cerita kisah silam dia. Apa kaitan dengan aku nak tinggalkan dia pula ni? Bisik hati Yana.

Pipi Yana diusap.

"Sayang kena percaya kan abang."

Yana memandang tepat ke dalam anak mata Ryan.Ryan mengelak daripada bertentang mata dengannya. Bahu Yana dipeluk.

"Dah,jomlah masuk.Tak elok duduk luar lama-lama.Sejuk."

Yana melepaskan tangan Ryan perlahan.Ryan memandang Yana. Wajah isterinya seperti muram. Merajuklah tu.

"Abang masuklah dulu. Tidur lah. Saya taknak masuk lagi,"katanya dengan nada rajuk.

"Sayang.." Ryan mahu memegang tangan Yana namun Yana lebih pantas menarik tangannya.

"Sayang marahkan abang ya sebab taknak cerita? Okey,macam ni.Sayang bagi abang masa boleh? Bukan senang untuk abang cerita semuanya sayang." Lembut dan cantik sahaja ayat yang dituturkan okeh Ryan. Semuanya disusun cantik agar Yana termakan dengan kata-katanya.

Kalau Yana merajuk,susahlah.Pada Ryan,perempuan dah cukup menyusahkan. Kalau merajuk,lagi bertambah susah.

"Saya cuma nak tahu je.Abang selalu pergi clubbing dulu?"Yana memberi soalan perangkap.

"Clubbing? "

Yana mengangguk.

Kalau menipu,mesti dia dapat tahu punya.Baik aku mengaku je.Senang.Kalau kantoi,tak adalah teruk sangat.

Ryan menghela nafas berat.Dia mengangguk. "Abang selalu pergi club dulu.Tapi,selalunya abang teman kawan abang. Lagipun duduk rumah buat apa? Asyik tengok daddy dengan mummy bergaduh. Baik abang keluar dengan kawan."

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now