"Cantiknya kawan aku ni! Dah jadi isteri orang dah!"
Feeqa tersengih.
"Aku dah,kau bila lagi?"usik Feeqa. Yana tersenyum.
"Insyaa Allah,doalah untuk aku."
Feeqa tersenyum. "Eh,pesakit kau tu apa cerita? Yang... Ryan tu.Dah okey?"soal Feeqa.Dia membetulkan anak tudungnya. Sekejap lagi nak kena pakai tudung pula. Bersiap untuk bersanding.
"Oh,alhamdulillah dia dah sihat." Yana tersenyum-senyum.
"Baguslah kalau macam tu.Risau juga aku,takut kau tak boleh handle dia sorang."
Yana masih lagi tersenyum. "Sebenarnya kan.."
Feeqa memandang Yana. Pelik. Dah kenapa Yana tersenyum-senyum? Macam ada sesuatu je?
"Kau kenapa? Takkan happy sangat aku dah kahwin?"
"Ish,bukan macam tu. Em,sebenarnya aku nak bagitahu. Ryan datang kenduri kau ni.Dia ada dekat luar.Tak apa kan aku jemput dia sekali?"kata Yana.
"Biar betul? Kau bawa dia? Wow. Ada apa-apa ke ni? Macam dah rapat je aku tengok.." Feeqa tersenyum nakal.
"No comment.Doa-doakan aku ada jodoh dengan dia,"kata Yana seraya tergelak.
"Amboi,gatal! Ni mesti kes dah jatuh hati kan? Yelah,lelaki tu handsome. Aku sendiri tergugat tengok haritu. Nasib baik aku setia!"
"Ish kau ni. Laki kau dengar nanti,habis kau." Yana menepuk perlahan tangan kawannya. Feeqa tergelak.
"Kalau kau dengan dia okey,aku pun okey je. By the way.. Kau dah korek rahsia yang dia pendam tu?"soal Feeqa.
Rahsia?
"Dia dah cerita semuanya dekat aku.. So,i assume dia dah cerita segalanya dekat aku. Aku taknaklah tanya lagi sebab takut dia jadi macam dulu balik.Aku harap,dah tak ada apa-apa rahsia la,"kata Yana.
"Tak apa.. Asalkan dia layan kau baik-baik pun dah okey."
Yana hanya mengangguk.
"Eh,aku nak bersiap ni.Kau pergi makan dulu dengan Ryan.Jangan balik dulu tau! Tunggu aku naik pelamin tu.Kita tangkap gambar sama-sama.Tarik Ryan sekali masuk dalam gambar,"kata Feeqa. Yana tersenyum.
"Yelah Puan Feeqa.."
RYAN menepuk perutnya perlahan.Dia memandang di sekelilingnya.Orang ramai dah mula memenuhi khemah dan menjamu selera sementara menunggu ketibaan pengantin.
"Sorry Ryan,saya lambat.Jom makan?"tegur Yana.Ryan menoleh.
"Tak apa.. Makan? Awak pergilah ambil makanan.Saya...Dah makan. Hehe.."Ryan tersengih. Dia menunjukkan pinggan yang berada di atas meja dan semangkuk bubur kacang merah yang sudah licin dimakannya.
"Awak makan dulu?" Yana mencebik.
"Saya lapar.Tunggu awak lambat sangat.Nasib baik saya makan dulu.Tak perlu bersesak macam sekarang,"kata Ryan sambil ketawa mengekek.
Cis,tak guna betul.
"Fine,saya makan sorang." Yana menjuih bibirnya.Dia mahu mengorak langkah pergi mengambil makanan namun Ryan lebih pantas menahan.
"Duduklah.Saya ambilkan untuk awak.Jangan risau,saya makan sekali.Tapi saya makan bubur jelah.Nasi minyak saya dah tambah dua kali tadi,"kata Ryan sambil tersengih.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...