6.Angau

600 32 0
                                    

Orang lain nak berehat waktu malam,tapi tidak pada keluarga Ryan. Waktu malam,tatkala Dato' Raziq pulang ke rumah,bermulalah perang dingin bersama Datin Sofea.

Ryan fikir,jika dia menceritakan semua perancangan Datin Sofea kepada Dato' Raziq,boleh membantunya menyelesaikan masalahnya. Tetapi,tidak. Macam bertambah masalah je!

"Oh,baru sekarang you nak masuk campur hal anak kita? Sebelum ni,ada you ambil kisah? Tak kan?"

Dato' Raziq menyangkut kot dan membuka tali lehernya. Dia melabuhkan punggung di birai katil.

"Dia tetap anak I,Sofea. You tak boleh layan dia macam tu. Dia dah besar. Dia ada hak tentukan hidup dia sendiri. Kita ni hanya boleh nasihat dan bimbing dia je,"kata Dato' Raziq.Dia cuba berlagak tenang.

"Mummy,daddy. Dahlah..Jangan bergaduh macam ni.Malu jiran dengar,"kata Ryan.

"Kalau Ryan taknak mummy buat kecoh macam ni,baik Ryan ikut je cakap mummy.Mummy buat semua ni untuk kebaikan Ryan!"kata Datin Sofea.

"Kebaikan apa,mummy? Rya penat,mummy. Penat nak layan semua ni,"kata Ryan lagi.Dato' Raziq memandang isteri dan anaknya bersilih ganti.

"Dengar sini.Sofea,saya masih suami awak dan saya masih ketua keluarga dekat sini.Jadi,saya tak izinkan awak buat apa-apa tanpa berbincang dulu dengan saya. Pasal perkahwinan Ryan dengan Tisya,saya tak restu.Saya hanya akan kahwinkan anak saya dengan pilihan hati dia sendiri.Faham?"kata Dato' Raziq kemudian dia bingkas bangun dan berlalu masuk ke bilik mandi.

Datin Sofea merengus. Dia mengetap giginya. Wajah Ryan dipandang.

"Mummy tetap dengan pendirian mummy. Kalau kamu taknak kahwin dengan Tisya,kamu pun takkan dapat kahwin dengan mana-mana perempuan. Hanya Tisya yang mummy restu.Faham? Pergi masuk bilik sekarang." Datin Sofea membelakangi Ryan. Dia bercekak pinggang.

Ryan menghela nafas berat. Ni antara salah satu sebab dia tak suka serius dalam sesuatu hubungan.

Perempuan betul-betul complicated!

YANA melihat jam di tangan kirinya.Jam menunjukkan tepat pukul 2 petang.Matahari juga terik membuatkan dirinya berpeluh.

"Waktu-waktu macam ni lah kau nak rosak!"keluhnya.Dia melihat keretanya. Telefonnya dikeluarkan daripada beg tangan.

"Dia sibuk tak? Minta tolong dia lah."

Yana mendail nombor telefon Ryan.Seperti biasa,Ryan pasti menjawab panggilan daripadanya dengan pantas.

"Yana?"

"Ryan! Ryan dekat mana? Sibuk tak?"soal Yana.

"Tak sibuk pun.. Kenapa?"

"Boleh tolong saya tak? Kereta saya rosak ni. Dekat jalan Tun Razak. Matahari tengah terik ni,"kata Yana.

"Kereta rosak? La..Okey okey.Tunggu situ.Dalam 10 minit saya sampai. Jangan pergi mana-mana. Jangan percaya mana-mana orang pun okey! Jaga diri,sayang." Pantas Ryan memutuskan talian.

Sempat Yana tersenyum tatkala Ryan menyuruhnya untuk menjaga diri.

"Ambil berat juga dia dekat aku,"gumamnya. Dia tersenyum lantas menyimpan semula telefon dan menunggu kehadiran sang buah hati.

Kurang dari 10 minit Ryan sudah tiba.Ryan terus menelefon rakannya meminta bantuan.Yana pula disuruhnya masuk ke dalam keretanya.

"Kereta saya macam mana?"soal Yana.Risau mahu meninggalkan keretanya.

"Jangan risau,nanti kawan saya datang ambil kereta awak dan bawa ke bengkel.Saya hantar awak eh?"kata Ryan.

"Berapa lama pula kereta saya duduk dekat bengkel tu? Aduhai..Keluar duit lagi." Yana menjuih bibirnya.

Tergelak kecik Ryan dibuatnya. Kalaulah dapat cubit-cubit pipi Yana ni!

"Jangan risau,biar saya uruskan semuanya. Cuma awak kena bagi kunci kereta awak je la. Nanti kalau dah selesai,saya bagitahu."

Yana hanya akur.Dia memberi kunci keretanya. "Tapi,jangan lama sangat.Susah saya nak pergi kerja."

"Ye sayang. Jangan risau. Saya boleh hantar dan ambil awak daripada tempat kerja." Ryan tersenyum.

"Eh,susah-susah je. Awak dah tolong saya ni.. Tak payahlah."

"Tak apa. Saya boleh jadi driver awak,"kata Ryan. Sempat dia mengenyitkan matanya.

Alahai,sengaja nak bagi hati ni cair!

Yana sudah tersipu malu. "A-awak hantar saya pergi hospital la.."

"Eh kenapa? Awak sakit?"

"Lupa ke? Saya doktor."

Ryan menepuk dahinya.Dia termalu sendiri.

"Lupa.. Hehe,ingatkan awak nak bedah hati.Yelah,nak bagi saya masuk dalam hati awak. X-Ray hati saya ke.. Jangan risau.Saya dah simpan awak baik-baik dalam hati saya ni,"kata Ryan.Sempat dia mengusik Yana.

Bertambah malu Yana dibuatnya.

"Eh tu pipi ke tomato tu?"usiknya lagi.

"Ryan! Dahlah,saya kena cepat ni."

Yana memandang ke luar tingkap. Dia menahan senyuman. Jantungnya berdetak terlalu laju.

Sabar,Yana!

"Okey,okey. Saya hantar princess sekarang ya."

Ryan tersengih.

Ryan,kau bikin aku gila la!

SEPANJANG hari Yana tidak mampu fokus membuat kerja.Nasib baik tak ada emergency.Kalau tak,naya!

Entahlah,sepanjang hari fikirannya melayang memikirkan tentang Ryan saja.Sikap Ryan yang semakin hari semakin membuatnya jatuh hati.

Hatinya menjadi suka apabila Ryan mengusiknya.Mulutnya tidak lekang daripada senyuman sehingga ditegur oleh jururawat di tempat kerjanya.

"Gembira je doktor saya tengok.Ada apa-apa ke,doktor?"

"Eh yeke? Biasa je.."

"Mesti ada something ni.. Taknak kongsi cerita ke?"

Yana hanya tersenyum.Dia tidak berkata apa-apa.

Memang taklah nak cerita pasal Ryan! Kalau boleh biarlah dia seorang yang tahu. Biar dia seorang saja yang merasai kemanisan yang dirasainya sekarang.

"Sabtu aku cuti.. Perlu ke tak aku ajak dia keluar? Sabtu mesti dia cuti kan? Okey,aku ajak dia keluar.Confirm!"

Yana tersengih.Dia membuka telefonnya dan membaca semula mesej-mesejnya dengan Ryan. Dia tersengih lagi.

Alahai,tahap kronik kau punya angau ni Yana! Kalau boleh nampak love dekat atas kepala kau,mesti berlambak love! Dalam mata pun ada love gamaknya!

Penangan Ryan Harriz. Jangan main-main tau!

Dear Te Amo [C]Where stories live. Discover now