"Jemputlah minum,Tisya,"pelawa Puan Sarah. Dia mengukir senyuman.
"Terima kasih auntie. Susah-susah je.." Tisya tersenyum.
"Tak apa. Auntie panggilkan Yana sekejap ya."
Tisya mengangguk. Puan Sarah bergegas naik ke tingkat atas untuk memanggil anak perempuannya.Ryan pula tiada di rumah.Dia terpaksa menguruskan hal penting di pejabat. Katanya sebelum jam tiga petang nanti dia balik.
Tisya melihat sekelilingnya.Walaupun keluarga Yana bersederhana,namun tetap nampak mewahnya.Mungkin keluarga Yana semuanya orang yang berjaya. Yana pun apa kurangnya? Sudah jadi doktor pada waktu unur muda.
"Eh,Tisya.."tegur Yana.Perlahan-lahan dia berjalan ke arah sofa sambil dipapah oleh ibunya.Dia melabuhkan punggung.
"You sihat? Maaflah kalau I ganggu waktu rehat you.."kata Tisya.
"Eh,tak adalah. Alhamdulillah,I makin sihat. Cuma nak berjalan tu kena ada orang pegang. Kaki rasa tak kuat."
Tisya tersenyum.Puan Sarah yang turut bersda disitu menyampuk.
"Memanglah kaki jadi tak kuat. Ibu dah masak,Yana tak nak makan. Macam mana nak ada tenaga?"
Tisya ketawa kecil. Dia memegang tangan Yana.
"Tak apa,Yana. Ambil masa. Selama ni you kerja siang malam.Sekarang,waktu untuk rehat sekejap,"katanya.
"Entah apa jadilah dekat sana waktu saya cuti ni. Budak-budak praktikal ramai pula tu yang baru masuk,"kata Yana.
"Tak apa.Banyak lagi doktor. Yang penting you tu kena sihat dulu baru boleh rawat orang."
Yana ketawa kecil. "Eh,jemputlah minum."
Tisya tersenyum.Matanya melilau mencari kelibat Ryan.
"Ryan mana? Dia tak cuti ke?"
"Dia keluar sekejap.Ada urusan katanya.Kejap lagi baliklah tu,"jawab Puan Sarah.Yana pula tidak menjawab soalan Tisya.
Tisya terangguk-angguk. Dia menyisip perlahan air teh o suam.
"Assalamualaikum.." Ryan yang baru tiba melangkah masuk ke dalam rumah mertuanya.
"Waalaikumussalam.."
Ryan terpandang Tisya yang berada disitu.Terkejut,namun dia mengawal riak wajahnya.
"Ryan,Tisya datang ni. Ryan nak makan? Ibu boleh panaskan lauk,"kata Puan Sarah.
"Eh tak apa,ibu.Ryan baru lepas makan dengan klien tadi." Ryan meletakkan beg bimbitnya di atas sofa.Dia melabuhkan punggung disebelah isterinya.Pinggang Yana dipeluk.
"Banyak kerja ke,Ryan?"soal Tisya.Ryan hanya mengangguk. Dia memandang Yana.
"Sayang dah makan?"soalnya.
"Dah,"jawab Yana sepatah.
"Ibu pergi dapur sekejap.Kamu semua berbual la dulu." Puan Sarah meminta diri.
Tisya menyandarkan tubuhnya ke sofa.Dia memandang Ryan dan Yana bersilih ganti.
"So.. Boleh I tahu macam mana Yana boleh gugur?"soal Tisya.
Yana hanya tersenyum nipis.Tak tahu bagaimana mahu membuka cerita.Hatinya sendiri berat tak mahu mengingati semula tentang kegugurannya. Terlalu pahit baginya untuk diingati.
Melihat riak wajah Yana,Ryan mengeratkan lagi pelukannya sehingga membuatkan Yana kurang selesa.
"Tak ada rezeki. Eh,you bila nak kahwin? Giliran you bila? I dah lama tunggu,"kata Ryan.Dia terus menukar topik.
YOU ARE READING
Dear Te Amo [C]
RandomCOMPLETED Kehidupan yang sudah sediakala susah bertambah susah selepas Yana Zulaikha ditinggalkan oleh tunangnya,Haiqal Idham. Kehidupan baru Yana bermula tatkala pertemuannya dengan Ryan Harriz yang menjadi salah seorang pesakitnya. Semuanya seolah...