Ep. O2: AMERICA
_____________♦♦____________
T H E T E N G K U ' S
"Cawangan baru?""Yes, ayah. Saya nak buka cawangan baru dekat Amerika. Disebabkan keuntungan syarikat yang berganda." kata Tengku Kamil.
"Mmm.. Okay, ayah luluskan. Jadi kamu sekeluarga akan pindah ke sana?" tanya Tengku Iskandar.
"Nampaknya macam tu la.. Kami akan duduk dekat sana selama setahun"
"Okay.. Tapi ayah nak kamu update ayah selalu"
"Baik ayah"
"Bila kamu akan ke sana?"
"Hujung minggu ni kami akan bertolak"
"Okay.. Kalau ada apa² masalah. Let me know"
"Okay"
Tengku Kamil bangun dan berjalan ke pintu. Sebelum sempat dia keluar Tengku Iskandar bersuara.
"Jaga keluarga kami baik² dekat sana" katanya.
Tengku Kamil melihat kearah ayah mentuanya lalu mengangguk.
✨✨
Tengku Kamil memarkir keretanya di garaj selepas seharian pulang bekerja.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah sambil tersenyum.
"Anak² papa!!" sapa Tengku Kamil
"Papa!!" Adrian dan Arisya berlari untuk mendapatkan papa mereka.
"Papa ada beli tak kek yang Arisya nak?" tanya Arisya.
"Ala.. Papa lupa la sayang" kata Tengku Kamil.
Arisya terus muncung setelah mendengar jawapan papanya. Dia memeluk tubuh.
Tengku Kamil ketawa melihat anaknya.
"Papa gurau ja la sayang. Mestilh papa belikan kek dekat anak comel papa ni" kata Tengku Kamil lalu mencubit pipi pau anaknya
"Hari ni anak² papa buat apa?" tanya Tengku Kamil sambil berjalan untuk duduk di ruang tamu.
"Tolong mama packing barang" jawab Adrian.
"Rajin anak² papa"
"Awak dah balik?" sapa Tengku Sofea yang baru keluar dari dapur
"Aha.."
Tengku Kamil menarik tangan isterinya untuk duduk disebelahnya.
"Awak jangan buat banyak sngt kerja.. Tak elok untuk kandungan tu. Esok saya panggil orang untuk pack barang kita" kata Tengku Kamil.
"Saya oky je la.. Lagipun anak² awak ni pon tolong saya juga." kata Tengku Sofea.
"Hmm.. Okay la kalau awak cakap macam tu"
"Hmm.. Awak. Dah cakap dengan ayah?"
"Dah.. Dia okay je"
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...