•|| PART 44 ||•

4.4K 222 3
                                    

Episod 44

✨✨

Sham dan Acap termenung jauh memikirkan cara untuk mereka mencari Gibran dan Ayien, kawan kepada Tengku Aleesya.

Sham merenung telefonnya manakala Acap mengetuk-ngetuk stereng keretanya.

" Macam mana kita nak cari dua orang tu? Dah la tak dah maklumat yang berguna. Setakat tau nama Gibran dan Ayien bukan boleh buat apa pon. Ramai kot orang nama tu dekat Malaysia ni" bebel Sham.

" Aku pon tak boleh nak berfikir" kata Acap sambil mengurut kepalanya.

Mereka berdua diam seketika.

" Haaa!!! Aku ada idea. Kita ikut Tengku Aleesya. Mesti dia pergi jumpa diorang kan" cadang Sham.

" Mana kau tahu yang Tengku Aleesya tu pergi jumpa diorang dalam masa terdekat ni? Sekarang ni kan dia tengah busy kerja mana ada masa nak jumpa kawan kawan ni. Lagipun Tengku Aireen cerewet tu nak kita bagitahu kita tentang perkara ni hujung minggu ni tau.. Hujung Minggu!" kata Acap.

" Ala.. Mana tau rezeki kita. Tengku Aleesya jumpa Ayien dan Gibran tu."

" Tu kata kau.. Kalau dia tak jumpa?"

" Kena fikirkan cara lain la nampaknya"

" Hurmm" Acap mengembungkan pipinya.

" Oit!! Cepatlah bawa kereta pergi pejabat Tengku Aleesya. Kita tunggu dekat sana" kata Sham.

" Ha.. Okay okay"

Acap pon menghidupkan enjin keretanya dan mula memandu ke Lee Airlines.

✨✨

Lee Airlines

" Hari ni Tengku ada mesyuarat dengan semua pekerja bahagian marketing pada pukul 3 petang. Kemudian, pukul 7 Tengku dah berjanji dengan kawan tengku untuk makan malam bersama" Zahira membaca semua jadual Aleesya yng bakal berjalan pda hari ini.

Aleesya mengangguk faham.

" Okay. Thanks.. "

" Ada apa apa lagi yang Tengku nak tambah?" tanya Zahira.

" Urmm.. Nanti kita lunch sama sama ehh?"

"Okayh" kata Zahira seraya mengangguk.

" Tu ja.. Awak boleh sambung kerja"

" Baik.."

Zahira berjalan keluar daripada bilik Aleesya apabila dia sudah melaporkan semua aktiviti pada hari ini.

Aleesya memandang ke arah Ipadnya. Dia menscroll ipad itu untuk melihat berita terkini tentang keadaan syarikat keluarganya itu.

Sedang dia leka melihat ipad itu. Pintu pejabat Aleesya tiba tiba terbuka tanpa diketuk terlebih dahulu.

Aleesya memandang ke arah figura yang masuk tanpa adab ifu.

" Awak nak saya ajar ketuk pintu ke apa Tengku Aireen?" tanya Aleesya.

Aireen mengulingkan anak matanya.

" Whatever" Aireen melabuhkan punggung di sofa yang berada di pejabat itu sambil menyilangkan kakinya.

Aleesya mengelengkan kepalanya.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now