•|| PART 16 ||•

5.4K 278 3
                                    

EP. 16; Result

✨✨

Sulaiman termenung melihat suasana di halaman rumahnya. Sejak beberapa hari ini, fikirannya melayang kerana dia asyik terfikirkan perbualan di antara dia dan Tengku Kamil tempoh hari.

"Saya dan Sofea dah bersetuju. Kitorang akan ambil Aleesya lepas result SPM dia keluar"

"Saya nak dia belajar tentang pengurusan syarikat."

"Bagitahu Aleesya yang saya dan Sofea akan ada pada hari dia ambil result SPM tu"

Sulaiman melepaskan keluhan berat. Otaknya berasa sakit apabila memikirkan apa yang bakal terjadi.

Selepas hampir 18 tahun menjaga Aleesya. Dia akan melepaskan gadis itu untuk pulang ke pangkuan keluarga kandungnya semula.

Dia tidak boleh nak menghalang Aleesya untuk kembali ke keluarga kandungnya kerana Tengku Kamil dan Tengku Sofea ada hak nak ambil Aleesya balik.

"Macam mana nak jelaskan perkara ni dekat Saleha.." Sulaiman mengeluh sekali lagi.


✨✨


Bulan ini sudah masuk empat bulan Aleesya berkerja di pasar raya sebagai cashier.

Dan empat bulan itu juga dia belajar banyak benda dan berjumpa dengan pelbagai jenis orang.

Kerek, baik, baran.

Semua ada. Tapi disebabkan dia sayangkan kerjanya. Dia hanya memendam rasa mahu marah pelanggan itu di dalam hati.

"Hoi.. Sya. Waktu kerja kita dah nak habis ann.. Jom keluar nak sakgi" kata Ayien yang duduk kaunter bersebelahan Aleesya.

"Kau nak pergi mana?"

"Kita pergi makan dekat kedai cafe yang baru buka tu nak?"

"Okay"

Aleesya mengangguk lalu menyambung kerjanya. Scan, tekan mesin, bagi duit, kira duit dan sebagainya.

Tepat pukul 5 petang waktu kerja Aleesya dan Ayien tamat dan bakal berganti tempat dengan pekerja lain.

Mereka berdua pergi ke bilik persalinan dan menukar pakaian mereka. Kemudian, kedua gadis itu menaiki motor Aleesya ke cafe yang dikatakan itu.


Babyshark Cafe

Aleesya dan Ayien melabuhkan punggung mereka di salah sebuah meja yang kosong di cafe itu.

Cafe itu agak penuh dengan pelanggan mungkin sekarang waktu balik kerja jadi semua orang nak dinner dekat luar.

"Tak dak idea nak pilih nama cafe ka apa owner kedai ni?" tanya Ayien

"Entahlah.. Nanti kita temu bual owner cafe ni" kata Aleesya.

"Nak perli aku ehh?"

"Tak dak la"

Seorang waiter datang ke meja mereka bersama menu. Aleesya dan Ayien membuat pilihan makanan mereka masing masing.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now