•|| PART 49 ||•

4.2K 219 17
                                    

Episod 49

✨✨

"Ikutkan apa yang dua orang lelaki tu cakap. Tengku Aireen yang upah diorang untuk ikut Tengku. "

Aleesya mengenggamkan penumbuknya. Mukanya sedikit merah menahan geram.

" Saya nak Uncle arahkan anak buah Uncle ikut Tengku Aireen pula. Saya nak diorang laporkan setiap satu perkara yang Aireen buat. Saya akan bayar berapa saja yang anak buah Uncle nak "

" Tengku serius nak buat benda ni?"

" Yes! Saya nak diorang ikut Tengku Aireen pula"

"Hurm.."

Tit!

Telefon itu diletakkan di atas meja.

" Tak sangka awak dah sampai tahap macam ni Tengku Aireen. Okay.. Sekarang awak akan tengok sisi baru Tengku Aleesya. "

Aleesya tersenyum sinis.

Ya.

Dia sudah tekad.

Tekad untuk melawan sesiapa sahaja yang ingin menganggu hidupnya.

✨✨

Inspektor Johan's

Pintu kedai serbaneka ditolak oleh Inspektor Johan. Dua plastik yang dipenuhi makanan digenggamnya.

Baru sahaja dia selesai membeli makanan ringan memandangkan sekarang ini dia banyak menghabiskan masa di bilik kerja jadi dia perlulah beli makanan untuk diisi ketika lapar.

Tempat letak kereta dituju  untuk pulang ke rumah. Tangannya menyeluk ke dalam poket seluar untuk mengambil kunci kereta.

Baru sahaja dia mahu menekan butang di remote kereta, kepalanya terasa sungguh sakit disebabkan dipukul dengan satu objek keras.

"Akhh.."

Terus tumbang Inspektor Johan ke tanah. Penglihatannya yang samar menampakkan dua figura bertopeng. Kemudian, semuanya menjadi gelap gelita.

✨✨

Tengku Iskandar's

Tengku Iskandar masuk ke dalam sebuah gudang lama yang berada di dalam hutan bersama orang kanannya.

Dia berjalan ke arah seorang lelaki yang menjadi orang suruhannya untuk mencari siapa yang menyebabkan berlakunya pencerobahan gudang miliknya di Perak.

Lelaki itu menunduk hormat kepada Tengku Iskandar.

" Tuan.. Saya dah bawak inspektor itu" katanya

" Mana dia?" tanya Tengku Iskandar.

Lelaki suruhan itu menunjukkan ke arah satu figura yang duduk lemah di atas kerusi dengan kepala yang ditutup dengan kain. 

Tengku Iskandar tersenyum sinis. Dia berjalan mendekati figura itu sambil dibontoti orang suruhannya.

Penutup kepala itu dibuka oleh orang suruhan itu. Dan dapat dilihat muka Inspektor Johan yang berada dalam kesakitan.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now