•|| PART 83 ||•

4.7K 213 2
                                    

EPISOD 83

_____________♦♦____________

T H E T E N G K U ' S


Sudah hari ke 3 Aleesya dikurung di dalam sebuah bilik yang dia sendiri tidak tahu lokasi sebenar dia berada.

Matanya agak sembab disebabkan semalaman dia menangis memikirkan apa yang pernah berlaku kepada dirinya sebelum ni

Seperti yang orang itu suruh. Flashback kembali diri kau.

Aleesya menunggu orang itu datang kerana perutnya dari tadi asyik berbunyi meminta untuk diisi. Namun, orang itu langsung tidak datang dari dia bangun tidur sehingga la sekarang.

Aleesya menahan segala rasa untuk ke tandas, minum air dan makan. Sehingga kepalanya agak pusing.

Beberapa kali dia menjerit memanggil orang itu tetapi dia tidak datang.

Aleesya memandang tingkap yang tertutup rapat itu. Biasanya kalau pagi ada sedikit cahaya yang menembusi tingkap itu. Tapi kali ni tiada. Mungkin hari sudah malam.

Wah.. Sudah malam.

" Dia nak aku mati dalam ni ke. Hari tu kata takkan bagi aku kebulur. Sekarang lain pula. " rungut Aleesya.

" Grrr..."

Sekali lagi perut Aleesya berbunyi.

Aleesya sekali lagi menjerit memanggil orang itu. Mana tahu kali ini dia dengar dan datang.

" Hoi!! Sampai bila kau nak kurung aku dalam ni haa?! Aku perlu ke tandas dan makan. Dengar tak?!"

Aleesya mengeluh dan kembali menyandarkan tubuhnya di dinding. Mulutnya sudah kering dan Tenaganya juga rasanya sudah habis.

Aleesya mula rasa mahu menangis.

" Kenapa kau buat aku macam ni.. Kurung aku.. Apa salah aku.. Aku tak pernah buat masalah dengan orang.. Apa salah aku.. " kata Aleesya lemah dengan air mata mengalir di pipi.

Tangan yang diikat Aleesya bawa ke muka untuk mengelap air matanya.

Klerkk..

Tap tap tap

Aleesya mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat orang itu.

" Kau dah kenapa menangis?"

Aleesya menjeling orang itu dan menarik hingusnya.

" Sekarang pukul berapa?" tanya Aleesya.

" 9.35 malam. "

Aleesya ketawa sinis. " Dah malam.. Kau ingat aku ni apa? Robot?"

" Kau kurung aku dalam ni macam aku ni binatang. Kau ingat aku boleh bergelak ketawa ka? Manusia bodoh. " marah Aleesya.

Orang itu tidak membalas. Dia  berjalan ke arah Aleesya dan  membuka ikatan di kaki Aleesya menggunakan pisau lipat yang tajam. Tangan Aleesya ditarik supaya gadis itu bangun.

Lengan Aleesya dicengkam kuat dan orang itu menarik Aleesya keluar daripada bilik itu.

Pada mulanya Aleesya ingat bahawa orang itu mahu membawa dia ke tandas atau sebaliknya. Namun, orang itu membawa Aleesya ke sebuah bilik.

Orang itu membuka pintu dan menolak Aleesya masuk. Aleesya hampir sahaja mahu jatuh tersembam namun dia sempat imbangkan badan.

Aleesya mengangkat kepalanya. Matanya membulat apabila melihat seorang lelaki yang cukup dia kenali berada di dalam bilik itu dalam keadaan yang agak teruk dan terikat dikerusi.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now