'Kebenaran akan terbongkar.. Hanya perlu tunggu dan lihat'
Episod 39
✨✨
Tok tok tok
"Masuk"
Seorang perempuan masuk bersama beberapa fail di tangannya. Dia berjalan dan berdiri di hadapan meja Aleesya.
Aleesya yang sedang sibuk dengan komputer mengalihkan pandangan kepada perempuan itu.
" Yes Mya."
" This is all the documents that you ask me to bring" kata Mya lalu menghulurkan beberapa fail kepada Aleesya.
" Thanks "
"And.. I just got this from the receptionist.. They said that this letter is for you " kemudian Mya menghulurkan sepucuk surat.
Aleesya mengambil surat itu daripada Mya lalu membeleknya. Tiada sebarang alamat atau nama pengirim yang ditulis.
" Siapa yang bagi surat ni?" tanya Aleesya.
" I don't know Tengku " jawab Mya.
" It's okay.. You can go now "
Mya mengangguk lalu dia berjalan keluar dari bilik Aleesya.
Aleesya kembali melihat sampul surat itu. Dia mengoyakkan sampul itu lalu membuka surat yang terdapat di dalam sampul itu.
Isi surat itu mula dibaca Aleesya satu persatu.
.
.Assalamualaikum Tengku Aleesya.
Mungkin Tengku agak terkejut bila tiba tiba sahaja Tengku dapat surat yang tidak beralamat dan bernama ni kan. Mungkin Tengku tidak mengenali saya tetapi saya cukup mengenali Tengku dan keluarga Tengku.
Saya menulis surat ini bersebab... Sebabnya saya nak beritahu sesuatu yang penting kepada Tengku. Apabila saya beritahu perkara ini saya harap sangat Tengku bongkarkan semua kebenaran yang sudah lama disembunyikan.
Saya dah tak mahu memendam semua ni.. Hari hari saya berasa serba salah. Saya hanya mempercayai Tengku sahaja. Ini juga satu amanah daripada seseorang untuk saya sampaikan kepada Tengku.
Saya harap Tengku akan bantu saya dan begitu juga saya akan bantu Tengku. Saya akan hantar surat seterusnya untuk beritahu beberapa perkara. Anggaplah surat ini sebagai pengenalan kita.
Sekian..
.
.Aleesya mengerutkan dahinya apabila habis membaca isi surat itu. Kepalanya mula bermain pelbagai jenis persoalan tentang isi surat ini.
" Siapa yang hantar ni? Apa yang dia nak cakap sebenarnya?"
Aleesya meletakkan surat itu di atas meja dan menyandarkan badannya di kerusi.
✨✨
" Kau sebenarnya kenapa tiba tiba ajak aku keluar? Dah la berdua ja tak ajak Ayien. Tak pasal pasal nanti dia merajuk pula sebab kita keluar tak ajak dia" tanya Aleesya kepada Gibran.
Gibran tiba tiba sahaja mengajak Aleesya keluar setelah tamat waktu kerja. Katanya nak lepak lepak memandangkan masing masing sudah mula busy dengan kerjaya sendiri.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...