•|| PART 71 ||•

4.3K 212 32
                                    

EPISOD 71

_____________♦♦____________

Aleesya turun daripada pentas. Orang pertama yang dia tuju semestinya keluarga tercinta.

" Hey, pengerusi. " sapa Adrian berbaur usikan.

Aleesya menjeling abangnya.

" Uishh.. Jeling nampak. Tak pa takpa.. Abang ambil tu sebagai terima kasih sebab bantu Aleesya menang. " .

" Erm.. Ye lah.. Thank you very much, Tengku Adrian. Sebab dah tolong adikmu yang naif ni untuk menang sehingga menjadi pengerusi baru. " kata Aleesya.

Adrian ketawa kecil lalu memeluk bahu adiknya itu.

" Naikkan gaji abang tau nanti." bisik Adrian.

Tangan dibahu Aleesya itu terus ditolak kasar.

" Banyak cantik. Blah aa.." kata Aleesya.

Dia terus berjalan meninggalkan abangnya yang semakin menjadi jadi itu. Baru sahaja ingin berjalan ke arah mama dan papanya, Aleesya diserang oleh wartawan

" Tengku!! Kami nak tanya soalan ni tengku!!"

" Sekejap ja Tengku. Jawab soalan kami. "

"Err.. Yeye saya jawab. Tapi satu persatu. " kata Aleesya sambil tersenyum kekok.

" Soalan pertama,  apa perancangan Tengku seterusnya untuk Lee Company?"

" Hurm.. Saya masih tak boleh nak bagi apa apa jawapan. Mungkin beri saya masa sedikit untuk masuk pejabat dan tengok apa yang boleh ditambah baik. "

"Soalan kedua, ada khabar angin mengatakan bahawa Tengku sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang. Betul ka?"

Aleesya kaku seketika.

" Erm.. Saya tak bersedia untuk jawab soalan itu lagi. Sorry. "

Wartawan wartawan itu kelihatan sedikit hampa.

" Soalan ketiga, macam mana hubungan Tengku dan Tengku Iskandar sekarang?"

"Arr.. Kami okay. Semua okay. "

" Soa--"

" Sorry guys.. Tengku Aleesya dah kena pergi. Thanks untuk soalan soalan itu." Arisya memegang bahu adiknya.

Kesian tengok Aleesya di ajukan soalan yang agak sensitif. Jadi sebagai kakak, dia datang membantu Aleesya.

" Tap--"

" Bye everyone!!"

Arisya terus menarik Aleesya ke tempat keluarga mereka berkumpul.

🌠🌠

Someone's

Seorang lelaki mengendap sekeliling wad tersebut melalui dinding untuk memastikan tiada orang atau kamera cctv merakam kehadirannya.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now