•|| PART 47 ||•

4.1K 233 4
                                    

Episod 47

✨✨

Someone's

Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah bilik gelap. Dulang yang dibawa berisi makanan dan minuman itu diletakkan di atas meja.

Tirai bilik itu dibuka untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam.

Perempuan itu memandang ke arah hujung penjuru bilik itu. Terdapat seorang wanita separuh abad duduk memeluk lutut disitu.

Perempuan itu mengambil dulang dan mendekati wanita itu.

"Mak adik bawak makanan favourite mak, sambal sotong kering. Mak mesti suka kan" kata perempuan tu dengan nada teruja.

Wanita itu mengangkat kepalanya memandang perempuan di hadapannya.

" Nak makan.. Lapar.. " wanita itu bersuara.

" Okay. Mari Adik suapkan mak okay?"

Wanita itu mengangguk.

Perempuan itu menggaul nasi dan sambal sotong tersebut lalu menyuap ke dalam mulut wanita yang digelar maknya.

Maknya mengunyah dengan penuh berselera.

" Sedap tak?"

Maknya mengangguk laju dengan mulutnya laju mengunyah makanan.

Perempuan itu tersenyum gembira melihat maknya. Mak yang sudah lama sakit selepas kematian suaminya.

Senyuman itu menjadi semakin hambar apabila dia teringatkan kejadian yang berlaku kepada keluarganya beberapa puluh tahun yang lalu.

Peristiwa yang..

mengubah kehidupannya.

Mengubah ibunya.

Mengubah nasibnya.

Dan

Mengubah emosinya.

" Sampai bila kau nak macam ni?" sapa satu suara.

Zahira langsung tidak mengalihkan pandangannya. Dia sudah tahu siapa yang bersuara itu.

" Lama tak jumpa kau Farah.. "

" Ya.. Lama tak jumpa... Aku sengaja nak bagi kau happy dengan kerja baru kau. " kata Farah.

" Jangan kacau aku la.. Aku tak perlukan kau. Aku nak hidup bahagia dengan mak aku "

" Bahagia ka? Well.. Dulu masa ayah kau baru meninggal. Kau hampir setiap hari menangis dekat bahu aku. Sekarang kau kata 'Jangan kacau aku?' Wahh.. Kau memang tak reti kenang budi betullah Ira " kata Farah.

" Kau diamlah! "

"No! Aku takkan berdiam selagi dalam hati kau masih ada dendam. Kau ingat suatu perkara ni. Kalau kau nak aku pergi dari hidup kau.. Lunaskan dendam tu. And aku dah tak kacau kau lagi"

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now