•|| PART 50 ||•

4.5K 222 5
                                    

Episod 50

✨✨

🎶🎶 Beneath the sky
As black as diamonds
We're running out of time
Don't wait for truth
To come and blind us
Let's just believe their lies

Believe it, I see it
I know that you can feel it
No secrets worth keeping
So fool me like I'm dreaming 🎶🎶

Aleesya termenung di tepi kolam sambil mendengar lagu yang dipasang di telefonnya.

Angin malam yang bertiup lembut membuatkan hati Aleesya menjadi sedikit tenang.

Kakinya yang direndam di dalam air di hayun perlahan menyebabkan berlakunya ombak kecil.

" Anak ayah termenung apa tu?" sampuk Sulaiman.

Lelaki itu 40 an itu melabuhkan punggungnya di sebelah anak perempuan kesayangannya.

Aleesya memandang Sulaiman lalu tersenyum nipis.

" Tak termenung apa pon " jawab Aleesya.

" Ayah tau Aleesya ada fikir banyak benda. Tak nak kongsi dengan ayah?"

Aleesya menatap wajah Sulaiman.

" Ayah.. Kalau ayah ada ditempat Aleesya. Apa yang ayah akan buat. Kalau ada orang tu buat benda tak betul dekat belakang semua orang tapi dekat depan semua orang dia baik sangat. "

Sulaiman menjongketkan keningnya.

" Benda tak betul tu contohnya macam mana?" tanya Sulaiman

" Erm.. Contohnya, kalau orang tu dekat belakang orang dia seorang pencuri. Tapi dihadapan orang pula dia seorang penderma. "

" Erm.. Kalau Ayah, ayah akan tegur dia atau buat apa apa yang boleh menyedarkan dia. Memang la menderma tu benda baik. Tapi kalau duit tu datang dari sumber yang haram. Tak elok juga " kata Sulaiman.

Aleesya mengangguk faham.

" Ayah tak tahu apa yang Aleesya fikirkan. Tapi kalau Aleesya rasa perkara yang Aleesya buat tu betul, Untuk ubah benda yang tak baik. Aleesya teruskan ja la"

Aleesya tersenyum. " Okay Ayah"

"Ehh.. Nanti bawak la Gibran dan Ayien datang. Ayah lama tak jumpa diorang tu. Macam mana lah diorang sekarang "

" Nanti Aleesya ajak diorang datang. Okay"

Sulaiman mengangguk.

✨✨

" Haa.. Aleesya balik nanti. Nak singgah cafe kejap ni teringin nak minum mocha... Ye ibu. "

Pintu Cafe ditolak Aleesya seraya menamatkan panggilan daripada ibunya.

Sebentar tadi dia singgah di office untuk mengambil beberapa dokumen memandangkan dia bercuti selama 3 hari untuk meluangkan masa dengan Sulaiman dan Saleha.

Tiba tiba sahaja tekak mahu merasa minum mocha daripada cafe kegemarannya itu. Terus sahaja dia pergi selepas mengambil dokumen tersebut.

" Saya nak mocha satu and red velvet cake " kata Aleesya kepada penjaga kaunter.

" Semuanya Rm 20.60 "

Aleesya menghulurkan duit kepada penjaga kaunter itu dan Nombor angka giliran di ambil.

Badannya dipusing untuk berjalan ke tempat menunggu. Aleesya memandang sekeliling, melihat pelanggan di cafe itu yang sedang menikmati makanan dan minuman mereka.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now