EPISOD 57
✨✨
Sudah hampir 48 jam menunggu tetapi Zahira masih belum sedarkan diri. Doktor berkata bahawa hentakan itu mengambil masa untuk Zahira sedar.
Beg tangan milik Zahira yang diletakkan di atas meja bersebelahan katil di ambilnya.
Beg itu diselongkar Aleesya untuk mencari sesuatu. Setelah jumpa, satu gugusan kunci di bawa keluar dari beg tersebut.
Aleesya mengenggam kunci itu dan berjalan keluar dari hospital.
Kereta dipandu Aleesya ke rumah Zahira.20 minit memandu akhirnya dia tiba di sebuah flat empat tingkat. Aleesya keluar dari perut kereta dan berjalan masuk ke dalam flat itu.
Tangga dipanjat untuk naik ke tingkat tiga di mana rumah Zahira berada. Sudah lama dia tidak datang melawat ke rumah Zahira. Dulu ketika zaman belajar adalah juga dia datang untuk buat assignment.
Aleesya tiba dihadapan pintu rumah Zahira. Gugusan kunci yang di ambil dari beg Zahira tadi di bawa keluar.
Kunci dicucuk masuk ke dalam tombol pintu dan dipulas. Kunci pintu itu terbuka, Aleesya memulas tombol dan membuka pintu tersebut.
Kaki Aleesya melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia menutup pintu dan membuka lampu memandangkan rumah itu sedikit gelap.
Beg tangan dan kunci di letakkan di atas meja makan. Aleesya melihat sekeliling rumah itu. Dahinya berkerut.
" Zahira kata dia duduk dengan mak dia. Tapi kenapa aku tak pernah jumpa.." monolog Aleesya.
Aleesya berjalan ke arah bilik pertama rumah itu. Tombol dipulas dan dia masuk ke dalam.
Aleesya melihat meja study dan beberapa frame gambar Zahira. Semestinya ini bilik milik perempuan itu.
Aleesya membuka almari baju dan mengeluarkan beg yang berada di dalam untuk meletakkan baju baju Zahira.
Beg itu diletakkan di atas katil kemudian dia ulang alik mengambil beberapa helai baju, seluar dan pakaian dalam Zahira.
Setelah selesai, Aleesya mengangkat beg itu keluar dari bilik tersebut. Pintu bilik ditutup kembali.
Dia bergerak ke meja yang diletakkan beg tangan dan kunci rumah tadi. Baru sahaja dia mahu mencapai barangnya itu, kedengaran bunyi barang jatuh.
Aleesya memandang sekeliling jika terdapat barang yang jatuh. Namun tiada.
Beg pakaian diletakkan ke atas lantai.Prakkk!
Sekali lagi kedengaran bunyi barang jatuh ke lantai.
Tapi kali ini Aleesya dengar bunyi itu dari dalam sebuah bilik.Aleesya memandang pintu bilik berwarna koko gelap.
" Bilik tu.."
Flashback~
Sedang Aleesya menunggu Zahira. Tiba tiba dia terdengar suara tangisan. Dahi Aleesya berkerut seribu. Dia bangun dan cuba mencari punca tangisan itu.
Aleesya berjalan dan terus berjalan sehingga berdiri di hadapan sebuah bilik. Dia menekup telinga ke pintu itu dan dia dapat dengar bunyi tangisan itu dari dalam bilik tersebut.
Aleesya memegang tombol pintu dan memulasnya. Baru sahaja dia mahu menolak pintu itu.
"Aleesya!" Zahira menjerit nama Aleesya dari belakangnya.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...