•|| PART 70 ||•

4.5K 209 7
                                    

EPISOD 70

_____________♦♦____________

Hall

Dewan milik keluarga The Tengku berdiri gah dengan seni bina bangunan yang mewah dan besar.

Karpet merah dihampar sehingga ke pintu untuk menjemput kedatangan tetamu tetamu kehormat.

Wartawan wartawan dari pelbagai agensi dan negara datang supaya dapat menulis cerita untuk akhbar masing masing.

Tepat pukul 7.30 malam,

Kereta kereta yang dinaiki oleh ahli ahli The Tengku tiba di perkarangan dewan. Satu persatu kereta mereka berhenti supaya mereka dapat turun dan berjalan di karpet merah.

Wartawan tidak berhenti henti mengambil setiap satu gambar keluarga yang terkenal itu.

Di samping itu, diselit soalan soalan yang ditanya oleh wartawan kepada The Tengku.

Namun, mereka tidak memberi apa apa jawapan. Mereka Hanya berhenti seketika untuk memberi peluang wartawan mengambil gambar. Kemudian, terus masuk ke dalam.

🌠🌠

Aleesya's

Kereta yang dinaiki Aleesya ialah kereta terakhir yang tiba di dewan tersebut. Aleesya melihat keadaan diluar dewan yang memang ramai dengan wartawan wartawan.

Pintu di bahagian penumpang itu dibuka daripada luar oleh pembantu. Aleesya dengan berhati hati turun daripada kereta kerana takut berlaku insiden yang tidak diingini.

Mahu malu 7 keturunan.

Klik!! Klik!! Klik!! Klik!!

Cahaya flash daripada kamera menyuluh masuk ke dalam kornea mata Aleesya.

Keadaan menjadi riuh tatkala kehadiran Aleesya disitu.

" Tengku Aleesya!! Kami ada soalan yang nak ditanya!"

" Tengku.. Apa perasaan tengku sekarang?"

" Tengku!!"

Aleesya tersenyum kekok mendengar berbagai bagai soalan daripada semua wartawan.

Pengawal pengawal yang melihat keadaan itu terus mengambil tindakan. Mereka mengiringi Aleesya untuk masuk ke dalam.

Tangan tangan wartawan yang ingin menggapai Aleesya ditolak oleh pengawal demi keselamatan gadis itu.

Aleesya melepaskan keluhan lega apabila kakinya sudah menjejak ke dalam dewan.

" Terima kasih. Awak boleh sambung kerja." kata Aleesya pengawal.

Mereka mengangguk lalu berjalan keluar untuk menjaga keselamatan di luar dewan.

Aleesya baru sahaja ingin mengangkat kaki untuk berjalan namum perbuatannya itu terhenti apabila terdengar namanya di panggil.

Aleesya mengalihkan badan mencaru suara yang memanggil tersebut dan dia nampak seorang wanita yang memang dikenalinya.

" Tengku. Here you are! Let's go.. The event is about to start " kata Bella.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now