•|| PART 40 ||•

4.6K 240 0
                                    


Episod 40

✨✨

"Untuk pengenalan. Nama saya Nazim. Lebih senang untuk Tengku. Saya abang kepada Nina, perempuan yang jaga nenek Tengku ketika dia sakit." lelaki itu memperkenalkan dirinya.

" Tengku ingatkan adik saya Nina?" tanya Nazim.

" Ya. Saya ingat. Kami pernah berjumpa. " jawab Aleesya.

" Hurm.. Tengku nak order apa apa. Sebab perbualan kita ni mungkin panjang"

" Boleh juga. Apple juice" .

Nazim mengangguk lalu dia mengangkat tangan memanggil pelayan. Tidak sampai seminit, pelayan datang ke meja mereka.

" apple juice satu "

" Itu sahaja?"

" Ya"

Pelayan itu pon berlalu pergi selepas selesai mengambil pesanan. Suasana di antara mereka sunyi seketika.

" Kenapa saya? " soalan itu tiba tiba muncul dari mulut Aleesya.

" Sebabnya ialah Tengku sahaja orang yang saya boleh percayai sekarang ni."

" Mustahil. Keluarga The Tengku ni ada ramai. Dior--"

" Diorang tidak seberani Tengku. " Nazim memotong percakapan Aleesya.

Dia terdiam seketika.

" Tengku tengoklah abang, kakak dan sepupu-sepupu Tengku yang lain. Mereka semua tak berani nak melawan Tengku Iskandar. Tengku rasa kalau saya minta tolong diorang. Diorang sanggup tinggalkan harta harta, pangkat, dan apa yang diorang ada sekarang semata mata nak bongkarkan kebenaran ni?"

" Kebenaran apa?"

" Adik saya. Tengku Mariam rapat dengan adik saya. Hampir semua benda Tengku Mariam ceritakan kepada adik saya termasuklah apa yang Tengku Iskandar lakukan dibelakang pengetahuan anak cucu dia. 7 tahun lepas, Tengku Mariam tawarkan saya kerja. Time tu saya memang buntu sebab saya baru ja kena pecat. Jadi saya terima tawaran Tengku Mariam. Tapi, selain saya dapat bekerja di Lee company. Saya dapat kerja tambahan daripada nenek Tengku. Untuk kumpul bukti sebanyak mungkin tentang perniagaan haram Tengku Iskandar."

" Perniagaan haram?"

" Ia bermula apabila syarikat yang dibangunkan Tengku Iskandar menjadi perhatian dunia. Banyak pelabur datang dan duit masuk dengan banyak setiap hari. Tengku Iskandar jadi obses dengan duit ketika itu. Dia sanggup buat apa apa sahaja supaya dapat pulangan duit yang berganda banyaknya. Jadi ada seorang pelabur China. Dia tawarkan sesuatu kepada Tengku Iskandar. Pelabur tu kata kalau Tengku Iskandar join business dia. Tengku Iskandar akan dapat keuntungan 10 kali ganda. Bila dengar saja benda tu. Tengku Iskandar terus terima dan bekerjasama dengan pelabur itu sehingga sekarang"

" Business apa yang dia buat?"

" Membuat dan mengeksport dadah "

Mata Aleesya terbuntang luas.

" D-dadah?"

Nazim mengangguk.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now