•|| PART 75 ||•

4.4K 240 3
                                    

EPISOD 75

_____________♦♦____________

T H E T E N G K U ' S

Mateen melihat rumah di depannya bersilih ganti dengan alamat di tangannya.

Stereng diketuk ketuk dengan jarinya.

" Betul ka ini rumahnya?"

Mateen mengetap bibirnya.

Pintu keretanya dibuka dan dia keluar daripada kereta itu.

Kakinya mula melangkah ke arah pintu pagar rumah itu. Loceng ditekan beberapa kali.

Tidak lama kemudian, seorang wanita keluar daripada rumah itu dan berjalan ke arah Mateen.

" Ya.. Boleh saya bantu Encik?" tanya wanita itu.

" Awak Suzen?" tanya Mateen.

" Ya, saya Suzen. Kenapa ya?"

" Boleh kita berbual sebentar. Saya nak tanya sesuatu yang penting. " kata Mateen.

Suzen kelihatan teragak agak namun dia bersetuju dan menjemput Mateen masuk ke rumah.

" Encik nak minum air apa?" tanya Suzen.

" Tak payah la buat air. Saya okay. " kata Mateen.

Suzen mengangguk. Kedua dua mereka melabuhkan punggung di sofa.

" Apa yang Encik nak tanya tu?" Suzen memulakan perbualan.

" Cik pernah bekerja dengan Tengku Iskandar kan?" tanya Mateen.

Suzen mengangguk.

" Saya nak tanya, Kenapa cik tiba tiba berhenti lepas Tengku Iskandar letak jawatan?"

"S-saya.. Dapat tawaran kerja dekat syarikat lain. "

" Syarikat mana? Setahu saya semua orang yang kerja dekat Lee Company akan tolak tawaran daripada syarikat lain sebab Lee Company tawarkan gaji yang lumayan. Terutama kerja PA kepada Pengerusi, gaji cik setengah juta. "

" Sebenarnya apa yang Encik nak?"

" Saya just nak tahu kenapa cik berhenti kerja lepas Tengku Iskandar letak jawatan?"

" Tiada sebab. Saya memang nak berhenti. " Suzen mengenggam hujung bajunya.

" Okay. Kalau itu jawapan cik, saya terima. Tapi boleh saya tahu.. Sepanjang cik kerja dengan Tengku Iskandar. Dia ada lakukan perkara perkara yang melanggar undang undang atau apa apa yang pelik?"

Suzen diam.

" Saya tanya ni Cik Suzen. "

" Saya tak tahu.. "

" Jangan tipu saya. Saya yakin cik tahu banyak benda. "

Suzen mengelengkan kepalanya.

" Kalau awak bagitahu kebenaran. Saya janji akan lindungi cik. "

Suzen mengigit bibirnya.

" Okay. Kalau Cik takut nak cakap sebab tak percayakan saya , saya call Tengku Aleesya. "

" S-saya.. Nak cakap dengan Tengku Aleesya. "

Mateen cepat mengeluarkan telefonnya dan menelefon Aleesya.
Speaker ditekan supaya dapat didengari mereka berdua.

" Hello?"

" Hello.. Aleesya. Saya nak bagitahu yang saya dekat rumah Suzen ni. "

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now