EP.10 : New Student
So disebabkan cuti sekolah dah bermula..
Author dah decide akan publish petang.
So harap korang akan setia menanti..
✨✨
8.00 pagi
Aleesya yang sudah nyawa nyawa ikan menguatkan kakinya untuk melangkah ke warung Pak Mat iaitu warung yang sangat lagend di kampung mereka.
Warung itu menjadi salah satu tempat lepak kegemaran Aleesya, Ayien dan Gibran disebabkan Pak Mat menyediakan makanan makanan yang sangat sedap sama level dengan Hotel 5 bintang.
Pak Mat juga sangat rapat dengan dia oleh kerana mereka berjiran. Kadang kala Pak Mat memberi dia makanan percuma disebabkan dia telah menjadi pelanggan tetap Pak Mat.
"To-Tolong.." kata Aleesya.
Pak Mat yang sedang mengelap meja melihat Aleesya yang jalan terhuyung hayang ke warungnya.
"Hai Aleesya.. Penat semacam Pak Mat tengok" kata Pak Mat.
"Pa-pak Mat. Ai--air" kata Aleesya sambil membuat gaya minum.
Pak Mat mengangguk. Sebelum itu dia menarik kerusi kepada Aleesya untuk Aleesya duduk.
"Kejap Pak Mat buat air. Kamu bernafas dulu" kata Pak Mat. Cepat cepat dia berlari ke dapurnya untuk membuat air kepada Aleesya.
Aleesya pula duduk menunggu dengan keadaan badan yang lemah.
Beberapa minit kemudian, Pak Mat datang kembali bersama segelas air sirap yang merah menyala.
"minum minum" kata Pak Mat.
Aleesya terus mengambil air itu dan menghirup sehingga habis licin air di dalam gelas itu.
"Pak Mat. Saya nak air masak ais lebih satu jag. Mee goreng dua pinggan." kata Aleesya sambil menunjuk jari 2.
"Kamu biar betul?" tanya Pak Mat tidak percaya.
Aleesya mengangguk lemah.
"Hmm.. Ye lah. Kamu tunggu kejap. Pak Mat pergi masak" kata Pak Mat.
Aleesya hanya mengumam.
✨✨
Pak Mat duduk di hadapan Aleesya yang sedang rakus makan mee gorengnya yang ke dua.
"Kamu ni kenapa tiba tiba makan banyak sangat. Datang sini pon dah macam nak mati dah" tanya Pak Mat.
"Aishh.. Pak Mat nak doa saya mati ka?" tanya Aleesya.
"Tak la.. Pak mat tanya ja"
"Hmm.. Ayah la.. Dia gerak Aleesya pukul 5 pagi. lepastu dia suruh joging satu kampung. Tak sempat nak makan apa apa sebelum mula tu" kata Aleesya.
Pak Mat hanya mengiakan sahaja.
"Pak Mat. Nak satu pinggan lagi. Tapi kalini nasi goreng" kata Aleesya.
"Uishh.. Lapar lagi ka? Ni dah dua pinggan" tanya Pak Mat.
"Ye la.. Saya lapar lagi ni. Kali ni Pak Mat jangan risau. Saya akan bayar." kata Aleesya.
"Hmm.. Ye la" Pak Mat kembali ke dapurnya untuk masak kepada Aleesya.
Aleesya menyedut air di dalam jagnya sehingga habis.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Aléatoire[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...