•|| PART 19 ||•

5.4K 298 3
                                    

EP. 19 ; New Place


✨✨

Dua jam duduk di dalam kereta. Akhirnya, kereta yang dinaiki mereka tiba di sebuah rumah agam tiga tingkat yang sungguh besar.

"Aleesya.. Jom turun kita dah sampai" kata Tengku Sofea lalu dia keluar dari kereta.

Aleesya juga turut melangkah keluar dari kereta apabila melihat mama dan papanya sudah turun dari kereta.

Matanya meliar melihat sekeliling. Halaman rumah itu sungguh luas,  seluas padang bola. Halaman itu juga dihiasi pokok pokok bunga dan air pancut yang cantik.

Terdapat juga kolam ikan dan kolam renang untuk bersantai.
Rumah itu banyak dikelilingi pokok pokok. Mungkin kerana Tengku Kamil dan Tengku Sofea meminati alam sekitar.

"Aleesya.. Jom kita masuk dalam. Panas dekat luar ni" kata Tengku Sofea.

Aleesya hanya mengangguk. Dia terus berjalan disebelah Tengku Sofea sambil memaut di lengannya.

Pintu utama itu dibuka oleh seorang pekerja. Aleesya disapa dengan senyuman manis oleh pekerja itu.

Terus mereka menapak masuk ke dalam. Rahang Aleesya jatuh dek melihat perabut perabut dan hiasan di rumah itu yang elegan dan kelihatan mahal.

"Ni.. Rumah mama dan papa?" tanya Aleesya.

"Nope, Ni rumah kita. Rumah Aleesya" jawab Tengku Sofea.

Aleesya tersenyum malu.

Dia tidak menyangka keluarganya itu sekaya begini. Dengan perabut, keluasan rumah dan kereta yang tersusun di luar boleh tahu yang keluarga dia ni memang kaya.

"Jom kita pergi bilik Aleesya. Aleesya mesti tak sabar nak tengok bilik sendiri kan?"

Aleesya mengangguk.

Tangan Aleesya di pegang Tengku Sofea lalu ditariknya mendekati lift. Tidak sampai beberapa saat butang lift ditekan pintu lift terbuka.

Mereka pon masuk ke dalam untuk naik ke atas. Nombor 3 ditekan oleh Tengku Sofea menandakan mereka bakal naik ke tingkat itu.

"Untuk pengetahuan Aleesya, rumah ni ada 4 orang maid. 2 ditugaskan untuk memasak dan 2 lagi kemas rumah. So kalau Aleesya nak apa apa.. Bagitahu ja diorang. Okay?"

"Okay"

Pintu Lift terbuka semula. Mereka keluar dari lift tersebut memandangkan mereka sudah smpai ke tingkat tiga. Tingkat tertinggi sekali dirumah itu.

"Kalau nak keluar pula bagitahu driver. Suruh diorang hntar. Tapi kena bagitahu mama atau papa dulu. Tak pasal jadi apa apa dekat Aleesya risau kitorang" pesan Tengku Sofea sambil mereka berjalan ke arah sebuah bilik.

"Okay Ma"

"So ini lah bilik Aleesya" kata Tengku Sofea sambil memulas tombol sebuah pintu kayu yang berukir bunga.

Pintu itu ditolak supaya mereka boleh masuk ke dalam. Kaki Aleesya melangkah masuk ke dalam bilik barunya itu.

Hatinya berasa teruja apabila melihat bilik barunya itu. Semuanya cantik dengan perabut perabut dan beberapa hiasan dinding.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now