•|| PART 06 ||•

6.6K 317 3
                                    

Ep. O6: KELUARGA ANGKAT


✨✨

Sudah seminggu berlalu, Tengku Sofea asyik mendiamkan diri dan melayan Tengku Kamil acuh tak acuh.

Panjang lebar Tengku Kamil bercakap hanya sepatah atau anggukan sahaja yang dibalasnya.

Namun, Tengku Kamil hanya bersabar dan melayan sahaja perangai isterinya itu. Mungkin dia berkelakuan seperti itu disebabkan cadangan yang diberikan Tengku Kamil tempoh hari.

Ibu mana sahaja yang sanggup berpisah dengan anak yang penat dijaga ketika dalam kandungan dan hampir separuh mati menahan sakit bersalin.

Itulah yang dirasai oleh Tengku Sofea. Perasaan takut dan tidak sanggup untuk berpisah dengan anaknya. Sudah berkali kali dia fikir tentang cadangan suaminya dan ketika itu juga dia berasa berat dan susah untuk membuat keputusan tetap.


✨✨

Lamunan Tengku Sofea ke luar tingkap terbatal apabila Tengku Kamil memanggilnya.

Terus dia memandang figura suaminya yang sedang berdiri ditepinya. Tengku Kamil memegang kedua bahu isterinya untuk cuba memujuk isterinya sekali lagi.

Takutlah Tengku Sofea sudah berlembut hati dengannya.

"awak masih marahkan saya ka?"

"tak" jawab Tengku Sofea dengan ringkas. Matanya masih melihat keluar tingkap.

"Saya faham perasaan awak. Saya tahu awak takut dan tak nak berpisah dengan Aleesya. Tapi kita kena fikirkan masa depan Aleesya juga"

Tengku Sofea diam sambil mengetap bibirnya.

"Tak pe aw-"

" Saya setuju nak bagi Aleesya dekat diorang" percakapan Tengku Kamil dipotong isterinya.

Tengku Sofea memusingkan badannya menghadap Tengku Kamil.

"Tapi ada syaratnya" kata Tengku Sofea sambil memandang tepat ke arah mata suaminya.

Tengku Kamil mengangkat keningnya.

"apa syaratnya?"

✨✨

Urban Cafe

"Dia nak jumpa dengan anak saudara Umi tu sebelum dia bagi Aleesya dekat diorang" kata Tengku Kamil kepada Umi.

"Tu ja syaratnya?" tanya Umi.

"Selebihnya dia akan bagitahu bila dia dah jumpa face to face dengan diorang suami isteri"

"Hmm.. Kalau macam tu. Nanti Umi berbincang dengan diorang dan tetapkan tarikh untuk perjumpaan korang"

Tengku Kamil mengangguk lalu menyedut air jus tembikai yang dipesannya.

"Macam mana hubungan kamu dengan Sofea sekarang?" tanya Umi.

"Dah semakin baik"

"Baguslah kalau macam tu. Kamu teruskanlah pujuk dia. Lama lama lagi okay la tu. Sekarang dia tengah pening memikirkan anak dia"

"Harapnya benda ni tak lama la. Saya dah tak nak tengok dia muka masam ja dekat rumah."

"bersabarlah.. Anggap ini satu dugaan dalam rumah tangga kamu berdua.." kata Umi sambil tersenyum.

✨✨

Umi POV

Umi yang baru selesai memeriksa pesakitnya itu melabuhkan punggung di atas kerusi di meja kerjanya.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now