•|| PART 29 ||•

4.9K 262 11
                                    

Episod 29
Kawan baru

✨✨


"Aleesya dah ready nak masuk kolej?" tanya Adrian yang sedang memandu.

"Mestilah!" jawab Aleesya sambil mengangguk teruja.

Adrian senyum lebar. "Dekat kolej tu ada Aireen dan Rayyan. Kalau ada apa apa masalah jumpa lah diorang" kata Adrian.

"Okay.. Abang jangan lah risau"

"Abang harap Aleesya dapat sesuaikan diri dekat sana sebab budak budak dekat sana bukan calang calang orang. Semuanya anak orang berada jadi perangai pon ada yang baik ada yang tak. Faham"

"Faham."

Kereta yang dipandu Adrian masuk ke kawasan Lee Collage iaitu Kolej swasta yang terkenal di Malaysia.

Mendapat top 20 Kolej terbaik dunia kerana telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya. Oleh sebab itu, ramai orang kenamaan menghantar anak mereka ke situ.

Walaupun duit yuran yang mahal namun ia berbaloi untuk kejayaan yang membanggakan.

Aleesya dan Adrian turun daripada kereta. "Jom.. Kita jumpa dengan Uncle Zafir dulu" kata Adrian.

Aleesya mengangguk lali mereka berjalan ke pejabat Tengku Zafir.

✨✨

Other's

Ting! Ting!

Semua pelajar di kafeteria masing masing memegang telefon mereka. Semua mata tertumpu di skrin telefon sambil mulut tidak habis habis berkumat kamit.

Begitu juga dengan Aireen. Beratus notification masuk ke dalam telefonnya. Apabila dilihat periksa, semua notification itu daripada blog Kolej

"Reen.. Kau dah tengok blog Kolej?" tanya rakan Aireen yang bernama Lisa.

"Baru nak tengok. Tapi kenapa tiba tiba kecoh ni?" tanya Aireen.

"Untuk pengetahuan kau.. Sepupu kau baru ja lapor diri dekat kolej ni hari ni. Tak silap aku sekarang dia ada dekat pejabat pakcik kau" jawab Lisa.

Aireen diam lalu membaca blog tersebut yang memaparkan Aleesya yang sedang berjalan masuk ke dalam bangunan kolej mereka.

"Semua pelajar lelaki tengah berkerumun dekat lobby kolej sebab nak tunggu budak baru tu"

"Mesti tak lama lagi dia famous kan" sampuk seorang lagi rakan Aireen bernama Nana.

"Jangan dia kacau kedudukan kau sebagai Queenka kolej dah la babe" kata Lisa.

"Diamlah" kata Aireen sambil menjeling ke arah Nana dan Lisa.

Mereka berdua terdiam.

Aireen memandang sekelilimg kafeteria. Tepat, semua orang sedang membawang tentang pelajar baru iaitu Aleesya.

Aireen terus bangun dan berjalan keluar dari kafeteria.

"Kau nak pergi mana tu?" tanya Nana.

Namun Aireen langsung tidak menjawab dan hanya terus berjalan. Nana dan Lisa cepat cepat mengambil beg mereka dan mengejar Aireen.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now