'Salah ke untuk aku suka kawan baik sendiri?'
-Gibran-
-- --
Episod 38
✨✨
"Aleesya Lee!!" Ayien menjerit nama sahabatnya itu.
Aleesya dan Mateen terus memandang ke arah Ayien yang sedang berlari anak ke arah mereka.
" Ayien!"
Aleesya dan Ayien berpelukan erat seperti sudah lama tidak bersua muka.
" Congrats babe.. Kau dah graduate!! Sorry la kitorang sampai lambat. " kata Ayien seraya melepaskan pelukan.
" Takpa.. Asal korang datang cukuplah. Tapi kenapa lambat sangat? Penat aku tunggu" tanya Aleesya.
" Gibran la.. Bawak kereta lambat sangat. " kata Ayien.
Gibran yang sengaja berjalan perlahan berdiri disebelah Ayien. Matanya memandang tajam ke arah Mateen.
" Ouh.."
" Sya.. Siapa ni? Boyfriend kau ka?"tanya Ayien dengan nada perlahan namun dapat didengari Gibran dan Mateen.
Mateen tertawa kecil mendengar pertanyaan Ayien. Aleesya pula sudah menampar lembut bahu Ayien.
" Mana ada lah. Ni Mateen. Dia lah kawan aku dekat kolej ni" kata Aleesya.
Ayien mengangguk sambil tersenyum.
"Mateen" dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Ayien menyambut huluran Mateen itu. " Saya Ayien "
Kemudian, Mateen memandang ke arah Gibran dengan tangan dihulur untuk bersalaman
Lambat Gibran membalas huluran tangan lelaki itu.
" Gibran" katanya ringkas.
Dia terus memasukkan tangan ke dalam poket seluar.
" Okay lah Aleesya. Saya nak kena pergi dekat kawan saya balik. Nanti kita jumpa lagi" kata Mateen.
" Ouh..okay. bye" balas Aleesya.
Mateen memberikan senyuman manis kepada mereka bertiga sebelum dia berjalan pergi.
" Jom lah.. Kata nak pergi makan" kata Gibran.
" Ha.. Jom jom"
Mereka pon berjalan ke arah kereta milik Gibran.
✨✨
Paradise Cafe
"Erkkk" Gibran berlahak selamba dihadapan dua rakan perempuannya itu.
Ayien terus membaling sengumpal tisu kepada Gibran sambil membuat muka geli. " Tak senonoh la kau ni Gibbs" kata Ayien.
" Ala.. Relaxlah.. Macamlah tak biasa " balas Gibran.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Casuale[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...