Episod 25
Amanah
✨✨
Sudah seminggu berlalu, Aleesya hanya terperap dalam rumah sahaja. Kenapa?
Sebab dia takut nak keluar dari rumah. Semua mata asyik memandang ke arahnya seperti dia membuat salah besar seperti membunuh.
Sejak pengumuman yang dilakukan Tengku Kamil. Telefon Aleesya tidak berhenti henti mendapat notifikasi sama ada daripada whatsapp,instagram atau pon twitter.
Aleesya mengeluh berat. Dia sudah bosan dan muak terperap di dalam rumah. Sebelum ini boleh juga pergi mall dan taman di kawasan perumahannya untuk mengurangkan kebosanan. Tapi sekarang, nak keluar ke halaman rumah pon fikir dua tiga kali.
Sehari selepas majlis tu, hadapan rumahnya penuh dengan wartawan. Semua wartawan berkumpul di hadapan rumah untuk menemu bual Aleesya.
Namun, Tengku Kamil membuat laporan polis dan semua wartawan itu diusir.
"sampai bila nak terperap macam ni!!" Aleesya mengeluh.
Ding Dong Ding Dong
Aleesya yang berada di ruang tamu melihat ke arah pintu utama. Seorang maid berlari kecil untuk membuka pintu. Aleesya hanya memerhati.
Maid itu bercakap sesuatu dengan orang yang datang itu. Kemudian, dia memanggil Aleesya.
"Tengku Aleesya.. ada seseorang mahu berjumpa" kata maid itu.
"Siapa?"
Maid itu memberi laluan kepada orang itu untuk masuk ke dalam. Dan seorang wanita 20 an masuk.
"Awak siapa?" Tanya Aleesya.
"Saya Nina. Nurse peribadi Tengku Mariam" kata Nina lalu menundukkan sedikit badannya.
"Tengku Mariam? Nenek?"
"Yee"
"Jemput la duduk" Aleesya mempelawa Nina untuk duduk.
Tanpa berlengah Nina terus berjalan ke arah sofa dihadapan Aleesya.
"Tengku Aleesya sorang ja ka dekat rumah?" tanya Nina.
"Aha.. Yang lain kerja"
Nina mengangguk.
"So.. Kenapa awak datang sini?" tanya Aleesya.
"Saya datang atas arahan Tengku Mariam"
"Untuk apa?"
"Dia nak berjumpa dengan Tengku Aleesya"
"Jumpa saya?"
"Tengku Aleesya janganlah risau. Tengku Mariam tak bencikan Tengku macam Tengku Iskandar"
"Mana awak tahu?"
"Mestilah saya tahu.. Lagipun Tengku Mariam baik. Dia sayang semua cucu cucu dia termasuklah Tengku sendiri"
"Tapi saya takut nak jejak kaki dekat rumah tu..."
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...