Episod 24
Terima atau tidak?✨✨
Suasana di dalam dewan itu senyap sunyi. Hanya kedengaran bunyi kamera yang sedang berkelip kelip menangkap gambar.
Semua mata masih tidak lekang memandang ke arah Aleesya. Riak wajah terkejut juga masih tidak pudar.
"Saya harap semua menerima anak saya ini kerana dia ialah ahli The Tengku yang sah." Tengku Kamil mengakhiri ucapannya.
Dia berjalan mendekati anak anaknya. Mata Tengku Iskandar tajam memandang ke arah mereka.
Semua orang di dewan mula riuh dengan bisikan orang mengenai pengumuman itu.
Tengku Iskandar mempamerkan wajah bengisnya. Mukanya merah padam menahan api amarah.
"Errr.. Saya rasa mari kita teruskan majlis ini. Semua tetamu tetamu boleh mula mengisi perut di kaunter makanan. Makan malam pada hari ini dimasak khas oleh Lee Restaurant. Selamat menjamu selera" kata Rafi untuk menghilangkan kejanggalan sebentar tadi.
Semua tetamu mula bergerak ke kaunter makanan untuk mengambil makanan manakala semua ahli keluarga The Tengku naik ke atas pentas.
Semua berkumpul di atas pentas untuk mendengar penjelasan Tengku Kamil dan Tengku Sofea.
"Kamil, Sofea.. Apa semua ni?"tanya Tengku Anuar sebagai anak sulung.
"Betul. Aleesya ini anak kami. Anak kandung" jawab Tengku Kamil
"Kau dah lupa RnL of Tengku?" tanya Tengku Azhar.
"Ni semua salah Sofea! Sofea tak sanggup nak gugurkan kandungan masa tu sebab Sofea memang nak anak lagi!" kata Tengku Sofea.
Tengku Iskandar masih diam. Dia hanya memandang tajam ke arah Aleesya. Aleesya pula menunduk apabila melihat mula Datuknya yang sangat bengis itu.
"Korang sekeluarga memang cari nahas. Kita akan bincangkan perkara ni di rumah." Tengku Iskandar terus beredar dari situ.
Semua ahli keluarga The Tengku diam. Mereka memandang ke arah Aleesya.
"Tak sangka pandai korang rahsiakan semua ni" kata Tengku Zafir.
"Kita tak boleh salahkan diorang. Semua benda dah berlaku dan budak ni pon dah besar" kata Lina iaitu isteri Zafir yang cuba mengawal keadaan.
Semua ahli The Tengku beredar meninggalkan Tengku Kamil sekeluarga.
"Papa minta maaf ya Aleesya"
"Tak. Semua ni bukan salah papa. Aleesya okay" jawab Aleesya.
Tiba tiba wartawan datang menyerbu mereka sekeluarga yang masih berada di atas pentas.
Berbagai soalan diajukan wartawan mengenai Aleesya. Tengku Kamil selaku ketua keluarga menjawab satu persatu soalan yang diajukan itu dengan tenang.
✨✨
Sulaiman's
Pandangan Sulaiman dan isterinya masih tidak lari daripada tv.
Ya.
Mereka berdua sedang menyaksikan drama keluarga The Tengku itu.Mereka juga berasa takut. Takut jika Tengku Iskandar mengapa- apakan Aleesya.
"Seperti yang anda semua dengar sebentar tadi. Pengumuman khas yang dibuat Tengku Kamil bekas CEO Lee Airlines mengenai anak ketiga mereka merangkap cucu kelapan keluarga The Tengku.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
De Todo[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...