•|| PART 79 ||•

4.2K 188 1
                                    

EPISOD 79

_____________♦♦____________

T H E T E N G K U ' S

10 malam

Kereta honda hitam Mateen masuk ke perkarangan rumah Aleesya. Dia menarik handbreak dan kereta itu berhenti bergerak.

Mateen memandang Aleesya yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu. Gadis itu termenung jauh.

"Awak okay?"

Aleesya diam tidak menjawab.

" Tak payahlah fikir sangat tentang Tengku Iskandar tu. Saya yakin lepas kita buat report tu, polis dah buat kerja diorang. "

Aleesya memandang ke arah Mateen.

" Macam mana kalau dia dapat lari?"

Mateen memegang kepala Aleesya.

" Jangan risau.. Jauh mana dia lari, kita akan cuba tangkap dia. " kata Mateen.

Aleesya melepaskan keluhan berat daripada mulutnya.

" Pergilah masuk.. Mandi then rehat. "

" Thanks. "

" Anything for you. " kata Mateen sambil tersenyum manis.

Aleesya keluar daripada kereta itu. Dia melihat kereta Mateen bergerak keluar dari kawasan rumahnya.

Kemudian, dia melangkah longlai  masuk ke dalam rumah.

" Aleesya dah balik? " sapa satu suara ketika Aleesya sedang menutup pintu.

Aleesya hanya mengumam apabila Tengku Sofea mendekatinya.

" Kenapa suruh pekerja ambil kereta Aleesya dekat mall? Aleesya pergi mana?" tanya Tengku Sofea.

Aleesya menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Aleesya pergi rumah kawan tadi. "

" Siapa hantar balik?"

" Mateen."

Tengku Sofea mengangguk. Namun, matanya tiba tiba tertumpu ke arah leher Aleesya yang nampak kemerah merahan itu.

Tengku Sofea menyelak rambut Aleesya dan menyentuh leher gadis itu. Tapi Aleesya cepat cepat mengelak.

" Kenapa dengan leher tu?"

Aleesya mengeleng

" Tak dak apa. Aleesya nak naik dulu. Badan rasa lemah. " kata Aleesya.

Dia terus bergegas naik ke atas meninggalkan Tengku Sofea yang terpinga pinga dengan pertanyaan.

Aleesya tidak mahu berlama lama kerana dia tahu pasti banyak yang dia akan tipu wanita yang bergelar ibunya itu. Jadi, sebagai langkah untuk mengelakkan semua itu. Dia naik ke bilik.

Pintu bilik ditutup rapat dan dikunci. Aleesya merebahkan badannya di atas katil.

🌠🌠
T H E T E N G K U ' S

Tengku Iskandar bergegas masuk ke dalam rumah Chen. Dia tekad mahu keluar dari tempat ini secepat mungkin.

Baru sahaja dia menutup pintu, seorang lelaki berdiri di belakangnya.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now