•|| PART 73 ||•

4.2K 235 10
                                    

DIARY GIBRAN

_____________♦♦____________

Aleesya menyelak helaian kedua.

Orang dah bagi amaran masih nak bacakan.

Bacalah nak sangat. Tapi jangan pening pula sebab Gibran tulis setahun sekali ja.

Biasalah.. Kerajinan tu tak dak.

Selamat membaca penjenayah!

Aleesya ketawa kecil. Perangai Gibran memang macam ni, mencuit hati.

Dia membaca halaman seterusnya.

~~~

Rabu, 13 Januari

Hari ni aku, Aleesya dan Ayien pergi ke taman dekat dengan sekolah. Kitorang seronok sangat. Semua mainan dekat taman kitorang main. Tapi, tiba tiba Aleesya jatuh sebab Ayien tertolak dia. Aleesya nangis teruk sebab kaki dia luka. Aku dan Ayien buntu tak tau nak buat macam mana. Aku pon pujuklah Aleesya, nasiblah dia berhenti nangis. biaslah.. Aku kan pandai memujuk. Ayien pon ajak la balik rumah sebab dah jadi macam tu. Tapi Aleesya kata dia tak boleh jalan sebab sakit.

Aku pon suruh lah dia naik belakang aku. Mula mula dia tak nak tapi aku suruh juga. Dia pon ikutlah. Nasib baiklah tak berat. Aku pon dukung lah sampai ke rumah dia. Sampai rumah,Pakcik Sulaiman bawak Aleesya pergi klinik. Nasib tak teruk. Risau aku.

Semoga cepat sembuh Aleesya!

Gibran, 9 tahun

~~~

Sabtu, 20 Julai

Hari ni birthday aku yang ke 10. Mak buat makan makan sebab nak sambut birthday aku. Ramai yang datang. Tapi aku tak rasa happy.

Tak happy sebab Aleesya tak dak..
Aleesya tak boleh datang sebab dia kena demam campak. Jadi dia kena duduk dekat rumah. Makcik Saleha ja yang datang. Dia bagi aku kad Dia cakap kad tu daripada Aleesya. Aleesya buat sendiri sebagai hadiah.

Terima kasih Aleesya. Aku suka sangat kad tu. Janji dengan aku tahun depan kau kena ada masa hari jadi aku.

Gibran, 10 tahun

~~

Isnin , 23 Jun

Aleesya.. Aku minta maaf. Aku minta maaf sangat sangat sebab dah terkoyakkan buku diary kau. Aku betul betul sengaja.

Mula mula aku cuma nak main main ja tarik buku tu dengan kau. Tiba tiba ja dia terkoyak. Aku minta maaf sangat.

Kau nangis sambil cakap kau benci aku. Janganlah benci aku.. Aku sakit. Aku tak nak hilang kawan macam kau. Maafkan aku..

Gibran, 11 tahun

~~~

Ahad, 29 Disember

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now