Episod 42
✨✨
Tak tak tak
Jari jemari Aleesya rancak menari di atas papan kekunci. Matanya pula focus memandang ke arah skrin komputer yang memaparkan data keewangan syarikat.
Dahinya berkerut apabila melihat data tersebut.
" Keuntungan bulan lepas lagi banyak daripada bulan ni... Hurmm" Aleesya menyandarkan badannya.
Fail yang berada di atas meja diselak olehnya.
Tok tok tok
Mata Aleesya memandang ke arah pintu bilik yang diketuk.
" Masuk"
Pintu bilik itu dibuka daripada luar dan masuk seorang lelaki ke dalam. Dia berdiri di hadapan meja Aleesya lalu membuka Ipad ditangannya.
" Pukul 10 pagi ni Tengku ada meeting dengan Jcop untuk bincangkan tentang deal kita dengan diorang. Tengku Adrian pon ada sekali dalam meeting tu." kata Uncle Faiz.
" Tu ja?" tanya Aleesya.
" Hurmm.. Haa. Tu ja"
Aleesya mengangguk.
" Kalau tak dak apa apa Uncle pergi dulu"
" Ehh.. Kejap Uncle."
Uncle Faiz yang baru sahaja mahu melangkah keluar memandang ke arah Aleesya semula.
" Uncle dah jumpa PA yang sesuai untuk Aleesya?"
" Erm.. Yang tu Uncle masih mencari. Kenapa? Aleesya dah ada calon ka?
Aleesya mengeleng. " Bukan.. Aleesya saja tanya. Ya la.. Patutnya Uncle tengah rehat rehat dekat rumah. Tapi sekarang terpaksa kerja untuk Aleesya pula"
" Ala.. Aleesya tak payah la risau. Uncle okay ja. Lagipun nak merasa bekerja dengan Aleesya jugak" kata uncle Faiz.
Aleesya tersenyum nipis.
" Takpala.. Kalau Uncle dah kata macam tu. Haa.. Lepas Lunch ni Aleesya mungkin tak masuk. Ada hal nak diuruskan.. Kalau ada apa apa Uncle call Aleesya okay?"
" haa.. Okay. Kalau macam tu Uncle keluar dulu"
Uncle Faiz pon berjalan keluar
✨✨
" Kalau macam tu.. Company kami akan update kepada Tengku setiap bulan" kata CEO Jcop.
" Okay.. Kami akan tunggu update tu" kata Adrian.
Semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu bangun. Mereka saling bersalaman antara satu sama lain.
" Kami pergi dulu Tengku" kata CEO Jcop.
" Baiklah"
CEO Jcop dan beberapa orang bawahannya memberikan senyuman selamat tinggal sebelum berjalan keluar dari bilik meeting tersebut.
" Semua boleh bersurai" arah Adrian kepada pekerjanya masih berada di dalam bilik meeting itu.
Semua pekerja itu pon mengangguk lalu beredar dari bilik itu.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...