EPISOD 82
_____________♦♦____________
T H E T E N G K U ' S
" Orang tu ialah kau!"Terpancar api kemarahan di mata orang itu.
Mungkin kerana sudah lama dia memendam rasa di hati. Hari ini, dia melepaskan segalanya kepada lelaki yang sudah lama dia berdendam itu.
Tengku Iskandar tidak bersuara.
" Lepas sahaja aku jumpa jawapan tentang siapa yang langgar ayah aku tu. Aku mula susun plan untuk balas dendam dekat kau. Sebabkan kau.. Kehidupan aku yang bahagia bertukar kepada derita. "
Tengku Iskandar terbatuk sebelum mula bersuara semula.
" Jadi.. Kau nak balas dendam dengan seksa aku? Macam tu. Lepastu apa?"
" Aku nak bunuh kau. "
Tengku Iskandar memandang hadapannya.
" Ia satu pembalasan atas apa yang kau dah buat dekat family aku. Nyawa dibalas dengan nyawa. Kau bunuh ayah aku, aku bunuh kau. Fair and square. "
Orang itu bangun dan berura ura untuk keluar daripada bilik.
" Ouh.. Lagi satu. Seseorang akan saksikan detik detik kematian kau. Jadi tunggulah..." kata orang itu diselangi dengan ketawa.
Tengku Iskandar mengetap bibirnya.
🌠🌠
T H E T E N G K U ' SBalai Polis Negara agak sesak dengan pegawai pegawai yang sedang menyelesaikan kerja mereka.
Pelbagai jenis kes yang berlaku dilaporkan oleh masyarakat jadi tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam yang menjaga keamanan negara untuk menyelesaikannya.
Tengku Kamil dan Mateen terus berjalan ke arah bilik Ketua Polis di balai itu.
Mereka berdua datang untuk mengetahui perkembangan tentang pencarian Aleesya.
Semalam, selapas sahaja Mateen menelefon isterinya. Tengku Kamil terus menelefon balai polis dan menyuruh mereka mencari Aleesya secepat mungkin.
Jadi pagi ini dia datang ke sana untuk mengetahui perkembangannya.
Tengku Iskandar dan Mateen masuk ke pejabat Ketua Polis itu.
Mereka berdua disambut baik olehnya. Ketua Polis itu menjemput mereka untuk duduk.
" Macam mana dengan pencarian anak saya, Tuan?" tanya Tengku Kamil.
" Sebenarnya semua polis tengah membuat pencarian di sekitar negeri ini. Tapi masih belum ada tanda tanda untuk menjumpai Tengku Aleesya. Tapi.. Tengku jangan risau kami akan tingkatkan usaha. Saya dah maklumkan tentang pencarian ni di semua balai polis di negara mana tahu orang tu dah bawa Tengku Aleesya keluar dari negeri ni. " jelas Ketua Polis.
Tengku Kamil mengangguk.
" Jika tak keberatan.. Boleh saya tahu kalau Tengku ada syak siapa siapa dalam kes penculikan ni?" tanya Ketua Polis.
Tengku Kamil memandang Mateen disebelahnya lalu mengeleng.
" Saya tak pastilah pula. Setahu saya Aleesya tu tak ada musuh. Saya pon tak tahu la kalau ada orang yang senyap senyap berdendam dengan keluarga kami dan merancang menculik anak saya. "
Ketua Polis itu mengangguk.
" Tapi.. "
Tengku Kamil dan Ketua Polis itu memandang Mateen yang tiba tiba bersuara.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Casuale[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...