°|| PART 07 ||•

6.1K 343 7
                                    

Ep. O7 : BERPISAH

✨✨

Hari berlalu dengan pantas. Keluarga Tengku Kamil semakin rapat dengan Sulaiman dan Saleha. 

Arisya dan Adrian juga melayan mereka dengan baik. Dan mereka masih tidak tahu yang mama dan papa mereka akan berikan Aleesya kepada Sulaiman dan Saleha.

Tengku Kamil dan Tengku Sofea tahu jika anak anak mereka tahu tentang itu mereka tidak akan setuju kerana mereka sangat menyanyangi Aleesya.

Namun, harinya sudah tiba. Hari di mana Aleesya akan diberikan kepada Sulaiman dan isterinya.

✨✨

Tengku Sofea berdiri di balkoni rumah bersama Aleesya dalam dukungannya. Dia sedang menghabiskan saat saat akhirnya dengan Aleesya sebelum mereka berpisah.

Tengku Sofea tidak putus putus  memandang wajah suci Aleesya itu.

Wajah itu bakal dia rindu. Rindu untuk mendengar ketawa dan tangisan Aleesya yang sudah seperti lagu dan pelengkap bagi harinya.

"Mama doakan.. Aleesya membesar dengan baik dan bahagia. Mama harap mama boleh jaga Aleesya dan tengok Aleesya membesar tapi maafkan mama sayang. Mama janji bila Aleesya dah besar, mama akan bersama dengan Aleesya dan kita satu family akan bersatu" kata Tengku Sofea sambil mengusap pelan pipi tembam milik Aleesya.

"Sayang.." suara Tengku Kamil tiba tiba menyapa Tengku Sofea.

Tengku Kamil mendekati isterinya lalu memeluk bahu Tengku Sofea.
Dia merehatkan kepalanya di atas bahu Tengku Sofea dan melihat Aleesya.

"Sulaiman dan Saleha dah sampai"

"Mm.. Nanti saya turun"

"Awak janganlah risau ya sayang."

Tengku Sofea mengangguk.

"Jangan lambat sangat.. Diorang tengah tunggu" kata Tengku Kamil sambil menepuk lembut bahu isterinya.

Kemudian, Tengku Kamil keluar dari bilik meninggalkan Tengku Sofea. Tengku Sofea menarik nafas panjang, dia mencium dahi Aleesya dan berjalan keluar daripada bilik tidurnya.

✨✨

"Pakcik dengan makcik cantik tak lukisan Arisya?" tanya Arisya sambil menunjukkan lukisannya kepada Sulaiman dan isterinya.

"Mestilah cantik." jawab Saleha.

"hehehe.. Ni gambar keluarga Arisya. Ni Arisya, Ni abang, ni mama, ni papa dan ni baby Aleesya" kata Arisya sambik menunjukkan satu satu orang yang dilukisnya.

Saleha tersenyum. Dia boleh bayangkan kalau dia mempunyai seorang anak. Mesti anaknya akan buat benda yang sama seperti Arisya iaitu melukis gambar keluarga.

"Arisya sayang baby Aleesya?" tanya Saleha.

"Of course la sayang.. Arisya,abang, mama dan papa semua sayang Aleesya."

Apabila mendengar kata kata Arisya, Saleha terasa agak sedih kerana dia terpaksa memisahkan Aleesya dengan keluarga kandungnya yang sudah sempurna dengan kemewahan dan kasih sayang.

Namun, ini ialah amanah daripada Tengku Kamil dan Tengku Sofea jadi dia kena juga jalankan.

Pada waktu itu, Tengku Kamil turun ke bawah dan duduk bersama yang lain.

"Sulaiman.. Nanti awak bagi nombor account bank awak. Saya akan masukkan 20k untuk kelengkapan Aleesya. Awak tak payah la susah susah nak guna duit awak" kata Tengku Kamil.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now