Author baru perasan yang..
Final part yang author publish semalam tu.. Tak habis.Omg sorry lah guys!
Author terlepas pandang.
Harap korang baca part sekali lagi sampai habis part🙏
PART 87/ FINAL
_____________♦♦____________
T H E T E N G K U ' S
5 tahun kemudian,
Masa berlalu dengan pantas, sudah hampir 5 tahun Aleesya menetap di negara orang. Jujur dia katakan dia sangat merindui Malaysia, terutama masakan Melayu yang sudah lama dia teringin.
Sepanjang dia berada di tanah England ini, perlahan lahan dia melupakan segala kenangan lamanya. Mungkin keputusan dia buat beberapa tahun yang lalu itu ialah keputusan yang tepat.
Syarikat Lee Company masih dibawah tanggungjawab Aleesya. Dia menguruskan syarikat itu secara atas talian memandangkan teknologi semakin maju sekarang ini. Pada mulanya, agak sukar buatnya namun Aleesya tetap cuba untuk menyelesakan dirinya demi masa hadapan syarikat keluarganya itu.
8.00 pagi
Aleesya menyanyi kecil sambil melipat bajunya sebelum di masukkan ke dalam beg bagasinya. Malam ini, dia bakal berlepas untuk pulang semula ke Malaysia. Seperti yang dijanjikan dengan mamanya, Tengku Sofea. Hanya paling lama 5 tahun sahaja di England, selepas itu pulang semula ke Malaysia.
Sedang dia sibuk mengemas barang, telefon pintarnya tiba tiba berdering. Aleesya berjalan ke arah meja make up-nya dan mengambil telefon tersebut. panggilan diangkat serta merta.
" Hello Tengku Aleesya yang dirindui" intonasi lembut yang dilontar oleh pemanggil lelaki itu membuatkan Aleesya ketawa kecil.
" Hello.. Mateen. How are you?"
" I'm absolutely fine here."
"Kenapa tiba tiba call?"
"Saya call awak sebenarnya nak tanya.. Betul ka awak sampai Malaysia esok?"
"Yes.. Betullah tu, Sekarang pun saya tengah packing barang untuk berlepas malam ni."
" Ouh.. begitu. Kalau macam tu. Esok kita jumpa dekat majlis tu ja la nanti. "
"Okay."
"Saya ada benda nak tunjuk nanti. "
"Apa dia?"
"Secret. Kalau nak tahu jumpa esoklah.. Saya tunggu and.. Jangan lupa pakai cantik cantik. "
"Baik Encik Mateen."
" Bye Tengku Aleesya."
"Bye."
Aleesya menutup panggilan sambil tersenyum. Dia kembali ke bagasi untuk sambung mengemas namun seorang wanita berkulit putih dan berambut perang masuk ke dalam biliknya.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...