•|| PART 35 ||•

4.8K 248 4
                                    

Sebesar mana kebencian kau terhadapku.. Ia takkan lama kerana pertalian darah antara kita menjadi penyebab kebencian itu tidak berkekalan~

-Tengku Aleesya Lee-

Episod 35

✨✨

Aleesya memandang Tengku Iskandar yang baru sahaja keluar daripada bangunan kolej itu. Dia hanya memerhati gerak geri datuknya dari jauh.

Tidak berani untuk datang dekat. Tak pasal pasal kena maki hamun free daripada orang tua tu.

Oleh kerana leka melihat , bahu Aleesya secara tiba tiba ditampar. Aleesya melatah kecil dek terkejut.

Dia terus memandang orang yang menampar bahunya itu.

Mateen.

" What the hell! Kenapa awak tampar bahu saya? Buat terkejut ja. Nasib saya tak dak sakit jantung " marah Aleesya.

" Hehee.. Sorrylah. Saya tengok awak jauh memandang sebab tu la saya datang tegur " kata Mateen. Dia tersenyum tidak bersalah.

Aleesya berdecit geram.

" Kenapa tak pergi sapa datuk awak. Dia bukan selalu datang sini tau. Kalau benda penting ja dia datang "

" Awak nak saya mati awal ka? Dia mana suka saya. "

" Ouh ya.. Lupa pula. Tapi kan.. Sebab apa dia tiba tiba datang ehh?" tanya Mateen.

Aleesya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" Hurm.. Awak ada kelas ka lepasni?"

" Ada. Sampai pukul 4 petang "

" Kita keluar makan nak?" tanya Mateen.

" Hurm.. Boleh juga. Saya ajak Zahira "

" Okay je. Nanti habis kelas pergi dekat kereta saya. Saya tunggu dekat sana "

Aleesya mengangguk faham.

✨✨

Gibran's

' You're not just my friend,
         You're my love

You're not just my love,
    You're my heart

           You're not just my heart,
                  You're my life

You're not just my life,
       You're my Everything '

Gibran menulis sambil tersenyum lebar. Dia sudah tidak hiraukan apa yang jadi disekelilingnya kerana hanyut dalam perasaan yang dinamakan angau.

" you're my everything.. Bapak jiwang ayat kau " sampuk Adam yang dari tadi mengintai apa yang dituliskan oleh Gibran.

Gibran dengan kadar yang pantas menutup buku tersebut. " What!! Kau baca?!"

" Aha.. Dari awal sampai habis " kata Adam selamba.

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now