EPISOD 85
_____________♦♦____________
T H E T E N G K U ' S
Dua hari kemudianAleesya duduk di birai katil hospital sambil termenung memandang luar tingkap.
Peristiwa 2 hari lepas kembali menerpa di fikirannya.
Flashback
Pelukan dileraikan oleh Zahira. Dia mengelap air mata dan cuba berhenti menangis.
Dia berjalan ke tepi dinding dan duduk di sana. Aleesya turut serta duduk berdekatan gadis itu. Mungkin boleh bersembang seketika.
Zahira melentokkan kepalanya di dinding dan memeluk lututnya.
" Aku.. Aku harap sangat kau dapat gantikan tempat aku. Tolong bahagiakan mak aku. " kata Zahira.
" Awak percayalah dekat saya.. Saya akan pastikan mak awak akan selalu tersenyum selepas ni. "
Zahira tersenyum.
" Aku anak yang guna. Tak reti nak bahagiakan mak sendiri. Aku memang patut mati je. "
" Salah tu Zahira. Awak anak yang hebat sebenarnya. "
" Hebat?"
Aleesya mengangguk.
" Awak kuat menghadapi segala cabaran. Walaupun mak awak sakit, awak tetap berusaha nak tamatkan pelajaran sampai la kerja. Dan.. Awak berusaha nak dapatkan keadilan ayah awak. Bukan kah tu dah boleh mengambarkan yang awak anak yang hebat?"
" Tapi aku dah bunuh orang.."
" Semua manusia buat kesalahan. Anggap la apa yang jadi ni satu pengajaran untuk kesalahan awak. "
Zahira tersenyum nipis." Kau baik sangat.. Sampai aku rasa malu. " Zahira ketawa hambar.
" Tak perlu nak malu.. Buat biasa je. " kata Aleesya.
Zahira termenung jauh. Aleesya memandang gadis itu.
" Zahira.. Apa kata awak kongsi sikit apa yang mak awak suka. Nanti senang lah saya. " Aleesya cuba memecahkan kesunyian.
Zahira memusingkan badannya menghadap Aleesya.
" Mak.. Dia suka makan sambal sotong kering. Kalau ada yang tu.. Dia mesti tambah nasi banyak kali. Lepastu, Mak suka dengar lagu bollywood katanya dia teringat zaman bercinta dengan ayah dulu. Hahhahaa.. Cute ja bila teringat dulu mak dan ayah pernah nyanyi sama sama masa dekat dapur. " terpapar riak bahagia ketika Zahira menceritakan tentang mak dan sedikit kenangan bersama ayahnya.
Aleesya tersenyum lebar melihat wajah bahagian Zahira itu. Mereka terus berbual sehingga Zahira tiba tiba menghulurkan telefonnya kepada Aleesya.
Aleesya mengambil telefon itu dan melihat wajah Zahira.
" Call lah polis. Berapa lama lagi kau nak ada dekat sini kan.. " kata Zahira.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...