Episod 27
Bertemu✨✨
Ahad
Aleesya melirik ke arah jam di dinding. Hatinya tidak sabar sabar menunggu ketibaan Ayien dan Gibran.
Sudah hampir sebulan setengah mereka tak bersua muka.
Rindu sangat woi!😂😂Tok tok tok
Aleesya cepat cepat membuka pintu biliknya. Kelihatan maid sedang berdiri di hadapan pintu.
"Ya?"
"Kawan kawan Tengku dah smpai. Mereka dibawah" kata maid tersebut.
"Okay saya turun"
Maid itu menunduk hormat lalu pergi dari situ. Aleesya pula menutup pintu biliknya dan terus berlari ke lift untuk turun ke bawah memandangkan ia lebih cepat.
Lift itu turun ke bawah dan setibanya Aleesya di bawah. Benda pertama yang dia nampak ialah Ayien dan Gibran yang sedang duduk di ruang tamu.
Terus dia keluar dari lift itu dan berlari ke arah mereka berdua.
"Ayienn!!" Aleesya terus memeluk Ayien sehingga mereka terbaring di atas sofa.
"Woii!! Tak bernafas aku dekat sini!!" kata Ayien sambil menampar belakang Aleesya.
Aleesya terus melepaskan pelukan itu dan membiarkan Ayien bernafas.
"Kau nak bunuh aku ka apa?" tanya Ayien sambil menjeling Aleesya.
"Hehehee.. Aku rindu sangat dekat kau. Sebab tu tak boleh nak kawal"
"Ehemm.. Aku tak rindu ka?" Gibran menyampuk.
"Ehh.. Mestilah rindu juga. Tapi aku tak boleh la nak peluk kau. Nanti jadi benda lain pula. Kau faham faham ja lah ya" kata Aleesya.
"Hurmm.."
"So.. Macam mana perjalanan?" tanya Aleesya.
"Kebas punggung aku duduk dalam kereta lama lama" rungut Ayien.
"Biasalah tu.."
"Si pendek ni memang banyak nerungut. Duduk lama sangat tak boleh.. Berdiri lama sangat tak boleh.. Entah apa yang dia boleh tak tau la" Perli Gibran.
"Senyap la kau.. Jangan sampai aku suruh si Aleesya ni halau kau"
Gibran hanya menjeling Ayien.
"Btw.. Rumah kau besar gila dowhh.. Cantik pula tu" kata Ayien.
"Rumah family aku.. Bukan aku"
"Sama ja la. Rumah kau juga"
"Hurmm.."
"Ehh.. Aku nak tanya kau sesuatu."
"Apa dia?" tanya Ayien.
"Macam mana hubungan kau dengan Felix sekarang? Lama aku tak dengar khabar" tanya Aleesya.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...