Episod 48
✨✨
Aleesya menyandarkan badannya di kerusi. Kepalanya diurut perlahan untuk mengurangkan sakit kepala yang tiba tiba menyerang.
Dia baru sahaja pulang daripada berjumpa klien di luar. Syarikat mereka baru sahaja membuat kerjasama dengan agensi pelancongan terkenal yang memilih penerbangan Lee Airlines sebagai salah satu pilihan dalam package mereka.
Namun, sepanjang mesyuarat itu dia tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan.
Otaknya melayang memikirkan perkara yang berlaku kelmarin. Sudah dia cuba untuk melupakannya namun tidak dapat kerana..
Semasa dia dalam perjalanan pulang ke pejabat dapat dirasakan seseorang sedang mengekorinya.
Hatinya berasa tidak senang memikirkan perkara tersebut.
Tanpa berfikir panjang Aleesya menghantarkan pesanan kepada Inspektor Johan untuk memberitahu tentang apa yang berlaku sebagai langkah keselamatan memandang lelaki itu bekas polis.
Inspektor Johan
+Assalamulaikum Uncle.
+Wasalam.. ya tengku..
+tengku nak tahu perkembangan terkini ka?+ Bukan..
+Aleesya nak beritahu suatu perkara. Semalam Saya hampir diculik oleh seseorang. Hari ni pulak, Saya dapat rasakan seseorang ekori saya+ Ya ka.. tengku tak pa apa?
+ Saya okay. Cuma saya tak senang duduk sebab rasa ada orang tengah ekori saya.
+Boleh tak saya nak Uncle siasat siapa yang ikut saya dan apa tujuan diorang?+ Mestilah boleh.. nanti saya arahkan anak buah saya untuk cari diorang.
+ Tengku.. kalau ada apa apa yang terjadi cepat cepat inform saya ya+ Baik Uncle
✨✨
Inspektor Johan'sInspektor Johan menutup telefonnya. Dia mengeluh perlahan apabila melihat mesej yang dihantar Tengku Aleesya.
Dia mengeluh bukan kerana terbeban tetapi dia berasa kesian kepada Aleesya kerana sepnjang kerjasama mereka berdua untuk membongkarkan rahsia Tengku Iskandar.
Pelbagai perkara yang menimpa Aleesya. Kadang kala dia berasa risau dengan keselamatan Aleesya. Ialah.. perempuan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis orang yang kita tidak tahu niat sebenar mereka.
Sebagai seorang lelaki yang sudah bergelar ayah. Ada juga perasaan risau melihat perempuan yang dianggap seperti anaknya itu berada dalam keadaan bahaya.
Ingin sahaja dia laporkan kepada Tengku Kamil tentang keadaan Aleesya iaitu anak bongsunya itu. Namun dia sudah berpegang pada janji Aleesya.
Bilik kerja milik Inspektor Johan dipenuhi dengan bertimbun timbun kertas kerja yang bercetak. Semua itu ialah bukti dan rekod kegiatan Tengku Iskandar yang sudah lama disorokkan oleh pihak berkuasa yang tidak bertanggungjawab.
Dinding juga dilekatkan plan mereka untuk menumpaskan Tengku Iskandar. Tapi mereka masih belum menjalankan plan tersebut kerana mereka masih mencari masa yang sesuai memandangkan sekarang ini semua orang sedang sibuk dengan pengundian pengerusi baharu Lee Company.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Diversos[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...