Episod 45
✨✨
Inspektor Johan's
Inspektor Johan bersama beberapa anak buahnya sedang mengepung salah satu gudang milik Tengku Iskandar.
Mereka bersembunyi di semak samun memandangkan gudang ni berada di tengah tengah hutan yang tersorok di Perak.
Mereka sudah merancang untuk menyerbu gudang tersebut selepas mendapat tahu rakan seniaga Tengku Iskandar akan datang ke gudang itu.
Lebih daripada 10 orang anggota polis sedang menunggu green light daripada Inspektor Johan untuk masuk ke dalam.
Mereka memandang ke arah pintu gudang yang tertutup rapat itu. Di luar gudang itu terdapat beberapa buah kereta berjenama di parking memenuhi kawasan hadapan gudang.
Dan ada 3 orang pengawal yang menjaga pintu utama gudang supaya tiada orang yang datang.
" Dengar sini, bahagian sniper bersiap sedia. Dalam kiraan tiga, tembak 3 orang pengawal tu" arah Johan menggunakan earpiece.
" Baik Tuan!"
1..
2..
3..
Piu.. Piu.. Piu..
"Headshot. Tiga tiga pengawal tu dah mati" kata salah seorang anak buah Inspektor Johan yang menjadi pemerhati.
" Okay. Good semua. Sekarang kita akan bergerak " kata Inspektor Johan.
Inspektor Johan mengeluarkan pistolnya. Dia membuat isyarat tangan kepada anak anak buahnya untuk keluar.
Mereka pon mula berjalan ke arah pintu utama gudang itu. Inspektor Johan mengintai keadaan di dalam melalui lubang yang terdapat di pintu gudang.
Pintu itu dibuka kecil untuk melihat lagi. Apabila merasakan line clear, mereka pon masuk ke dalam.
Inspektor Johan dan anak buahnya cepat cepat bersembunyi di tong tong besar supaya tidak ditangkap.
"Wah barang baru ini banyak laku loh.. Ini banyak untung. Hahahahahah " kedengaran suara seorang lelaki ketawa besar.
" Tapi boss.. Sekarang ni susah mahu import barang. Undang undang makin ketat"
" Ala.. Kau jangan risaulah. Aku cakap dengan Iskandar. Dia pasti boleh selesaikan"
"Bersedia semua kita akan serang diorang. Tembak pengawal yang bersenjata dan yang melawan" arah Inspektor Johan.
Semua anak buahnya mengangguk faham. Mereka sudah bersiap sedia dengan senapang dan pistol. Picu pistol ditarik.
" 1.. 2.. 3"
"TEMBAK!!"
BANG! BANG! BANG! BANG! BANG!
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Random[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...