•|| PART 55 ||•

4.2K 229 9
                                    

EPISOD 55

Episod kali ni hanya menceritakan tentang Gibran dan Aleesya. And episod ni agak meleleh sikit sebab Gibran dan Aleesya tengah mencipta memori mereka. Tapi jangan skip terus. Baca hingga ke penghujung

✨✨

Sabtu

Aleesya membetulkan rambutnya yang tidak diikat itu supaya kelihatan kemas dan cantik.

Dress berwarna baby blue dengan corak bunga kecil tersarung anggun di badannya.

Solekan simple dikenakannya untuk menaikkan seri.
Dia sendiri tidak tahu mengapa hari ini dia sungguh rajin untuk melakukan semua itu.

Sebelum ini jika dia keluar ke mana mana, hanya menepek bedak dan pelembap bibir sahaja supaya tidak kelihatan pucat.

Hari ini entah aura mana yang merasuk Aleesya untuk memakai pakaian yng cantik dan mengenakan solekan.

"Siap!"

Berus solek diletakkan kembali ke atas meja. Dia bangun dan berjalan ke almari untuk mengambil tas tangan.

Kring kring

Aleesya terus berjalan mendapatkan telefon miliknya yang berada di atas katil.
Panggilan itu pantas dijawab oleh Aleesya.

" Hello Gibbs?"

"Hello.. Dah siap?"

" Dah! Kau dah sampai ka?"

" Aku ada dekat depan rumah kau ni"

"Ouh.. Kejap aku turun"

"Okay"

Tit!

Aleesya mengambil begnya dan terus keluar dari bilik tidurnya.
Dia berjalan ke arah pintu utama untuk keluar.

Almari kasut yang berada di luar rumah dibuka. Kasut tumit tinggi berwarna hitam berkilat dipilih oleh Aleesya untuk dipakainya.

Selepas selesai menyarungkan kasut itu. Aleesya berjalan keluar dari kawasan rumah. Kereta milik Gibran dicari.

Pin!

Mata Aleesya memandang ke arah sebuah kereta hitam yang diparking tidak jauh dari situ.

Kereta itu bergerak dan berhenti betul betul di hadapan Aleesya.

Aleesya melihat Gibran yang turun daripada kereta itu. Gibran berjalan dan berdiri di sebelahnya.

" Hye"  sapa Gibran.

" Hye"

" Cantik baju kau hari ni" puji Gibran.

" Baju ja? Tuan dia?" usik Aleesya.

" Tuan dia... Not bad" kata Gibran lalu ketawa.

Aleesya berdecit.

" Hehehee.. Aku gurau ja la. Dah la jom" Gibran membuka pintu dibahagian penumpang.

Aleesya tanpa berfikir panjang terus masuk ke dalam perut kereta.
Apabila Aleesya sudah masuk, Gibran menutup pintu itu dan berlari ke arah tempat duduk pemandu.

" Kita nak pergi mana?" tanya Aleesya.

Gibran yang baru selesai memasang tali pinggang keledar itu memandang Aleesya.

Dia diam seketika seperti berfikir.

" Urmm.. Aku ajak nak pergi jalan jalan. Kau nak pergi mana?" tanya Gibran

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now