Ep. O5 : PROBLEM
✨✨
Dua hari kemudian, Tengku Sofea dibenarkan untuk pulang ke
Adrian dan Arisya ialah orang yang paling tidak sabar-sabar menantikan kepulangan Tengku Sofea dan adik baru mereka.
Setibanya Tengku Sofea di rumah, Adrian dan Arisya awal-awal lagi sudah berdiri di pintu masuk untuk menyambut kepulangan mereka.
"Selamat pulang mama and Baby Aleesya" ucap mereka.
Tengku Kamil dan Tengku Sofea hanya tersenyum melihat mereka. Aleesya yang berada dalam dukungan Tengku Sofea lena dibuai mimpi.
"Thank you anak-anak mama.. Jom kita masuk. Baby Aleesya nak tidur" kata Tengku Sofea.
Mereka mengangguk lalu memberi jalan kepada Tengku Sofea untuk masuk.
✨✨
Malam itu, sedang Tengku Sofea sedang menyusukan Aleesya. Pintu biliknya diketuk beberapa kali. Dan terlihatlah wajah kedua anaknya, Adrian dan Arisya.
"Anak mama tak tidur lagi?"
"Tak.. Kitorang nak tidur dengan mama dan baby boleh?"
"Kalau korang tidur sini. Papa nak tidur mana?"sampuk Tengku Kamil yang baru keluar dari tandas.
"Papa tidur la atas sofa" kata Arisya.
"Sampai hati suruh papa tidur atas sofa"
"Boleh la mama.. Papa.. Nak tidur dengan baby" kata Adrian.
"Mama okay ja. Tapi pergi pujuk papa dulu" kata Tengku Sofea.
Adrian dan Arisya terus berjalan dan memeluk kaki Tengku Kamil.
Mereka membuat muka comel untuk melembutkan hati papa mereka.
"Please papa.." kata mereka.
Tengku Kamil buat-buat berfikir.
"Okaylahh.. Korang tidur dengan mama dan baby. Biar papa tidur sorang-sorang dekat sofa"
Adrian dan Arisya bersorak kegembiraan.
"Papa jangan tergolek atas lantai pula bila tidur atas sofa tu" usik Adrian.
"Ye la"
Tengku Kamil terus mengambil bantal dan selimut tambahan di dalam almari. Kemudian, dia baring di atas sofa dan terus tertidur.
Adrian dan Arisya pula tidur bersebelahan Aleesya yang diletakkan di tengah.
"Goodnight Aleesya" bisik Arisya di telinga Aleesya lalu dia mencium pipi tembam Aleesya itu sebelum dia masuk ke alam mimpi
✨✨
8.00 pagi
Tengku Kamil membawa sedulang makanan ke biliknya untuk sarapan Tengku Sofea. Oleh sebab Tengku Sofea sedang berada dalam pantang jadi Tengku Kamil menghantar makanan ke bilik supaya Tengku Sofea tidak perlu banyak bergerak.
Tengku Kamil meletakkan dulang itu dihadapan isterinya. Kemudian,Tengku Sofea pon mengalas perutnya dengan makanan yang dibawa oleh suaminya sementara Aleesya sedang nyenyak tidur.
"Diorang dah pergi sekolah?" Tanya Tengku Sofea.
"Dah." Jawab Tengku Kamil sambil berbaring disebelah Aleesya.
Tiba-tiba telefon milik Tengku Kamil berdering menandakan panggilan masuk. Cepat dia mengambil telefon itu dan melihat nama si pemanggil.
Tengku Kamil terdiam dan melihat nombor itu dengan lama sehingga timbul rasa hairan kepda Tengku Sofea.
YOU ARE READING
[C] THE TENGKU's
Casuale[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah dengan anaknya untuk keselamatannya. Namun, selepas berpuluh tahun. Anak tersebut kembali ke pangkuan ke...