•|| PART 59 ||•

4.3K 237 7
                                    

EPISOD 59

✨✨

Tidak sampai setengah jam Mateen memandu. Mereka berdua tiba di kediaman Uncle Faiz dan Mateen.

Aleesya dan Mateen turun daripada kereta dan berjalan masuk ke dalam kediaman tersebut.

" Assalamualaikum Papa! Aleesya datang ni" Jerit Mateen memanggil Uncle Faiz.

Aleesya hanya mengikut langkah Mateen ke ruang tamu. Setibanya di ruang tamu, Mateen menyuruh Aleesya untuk duduk dahulu sementara dia menyediakan air.

Aleesya melebarkan punggungnya di atas sofa putih yang tersusun kemas di ruang tamu itu.

Dia menunggu kedatangan Uncle Faiz yang ingin menemui dirinya. Dia juga tidak sabar untuk memaklumkan satu perkara kepada lelaki tersebut.

Beberapa minit menunggu, orang yang ditunggukan Aleesya datang ke ruang tamu itu.

" Haa.. Aleesya. Dah lama sampai? Maaflah Uncle tengah mandi tadi" sapa Uncle Faiz.

" Tak la lama sangat Uncle" jawab Aleesya sopan.

Uncle Faiz mengangguk.

" Uncle. Mateen kata ada benda yang Uncle nak bagitahu Aleesya. Apa dia?" tanya Aleesya.

" Ouh.. Tentang itu. Hurmm sebenarnya Uncle nak bagitahu tentang hari pengundian nanti. "

"Ouh.. Kenapa?"

Seketika itu, Mateen datang bersama sedulang air dan biskut sebagai pencuci mulut. Dulang itu diletakkan di atas meja kecil yang memang berada di ruang tamu itu.

Kemudian, Mateen melabuhkan punggung di sebuah sofa. Dia juga mahu mendengar apa yang dibincangkan Aleesya dan papanya.

" Uncle nak bagitahu yang ada khabar berita yang Cik Hazel akan datang juga."

" Cik Hazel? Dia datang?"

" Uncle tak pasti. Tapi itulah yang mereka katakan. "

" Siapa yang cakap?"

" Salah seorang daripada ahli lembaga pengarah. Sebab tu lah... Pengundian kali ni penting dan hangat. "

" Papa cakap yang Cik Hazel tu tak pernah tunjukkan muka dia dekat event Lee Company. Mesti ada agenda yang dia nak capai" Aleesya berkata.

" Itu Uncle tak tahu. Tapi Aleesya kena bersiap sedia untuk jumpa dia. Cik Hazel tu bukan wanita yang biasa." kata Uncle Faiz.

Aleesya mengangguk faham.

" Aleesya. Tadi awak kata ada sesuatu nak bagitahu papa. Apa dia?" Mateen bersuara setelah lama berdiam diri.

Uncle Faiz memandang ke arah Aleesya sambil menjongketkan sebelah keningnya.

" Uncle.. Aleesya nak tanya. Uncle tahu tak kes kemalangan pekerja Lee Company yang ditutup beberapa puluh tahun lepas?" tanya Aleesya.

Uncle Faiz diam untuk berfikir.

" Uncle rasa kes yang Aleesya cakap ni mesti kes Helmi. "

" Helmi?"

" Hurmm.. Dulu ada kes langgar lari. Kes tu ditutup sebab polis tak cukup bukti nak tangkap orang yang langgar tu. Jadi diorang tutup kes tu macam tu ja." jelas Uncle Faiz.

" Uncle kenal tak isteri dan anak mangsa kes langgar lari tu?" tanya Aleesya.

" Tak kenal. Tapi Uncle pernah lah tengok muka anak dia masa kecil kecil dulu. "

[C] THE TENGKU'sWhere stories live. Discover now